This blood, this pain, will deliver the Palestinian people and the Arab-Muslim Ummah (community) from this state of affair. It will be a turning point leading up to new horizons of dignity and freedom for our people.”

“If God is with us, we have nothing to fear. Israel is not greater or stronger than God.”
Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin
Source: www.palestine-info.co.uk/en

Sejuk hati saya membaca artikel tersebut. Tambah pula dalam keadaan sekarang ini dimana banyak tersebar pelbagai gambar-gambar bukti kezaliman Zionist Israel yang menyakitkan dan memilukan hati bagi siapa sahaja yang ada walaupun sedikit cebisan kemanusian dalam jiwa. Harga perjuangan bukan murah. Bayarannya mahal. Dan rakyat Gaza sedang membayar harganya. Demi mengejar impian melĂ­hat tanahair mereka bebas dari „dicemari” kejahatan regim pengganas Israel.

boy-n-tank1

Harga sebuah perjuangan: berani dan tabah

Artikel itu turut memperkatakan mengenai kehebatan keberanian, kesabaran dan ketabahan rakyat Gaza dalam menghadapi krisis ini. Bahkan, dengan izin Dia Yang Maha Agung, kisah mereka bakal menjadi episod penting dalam melakari masa depan umat ini.

Ya! Tidak mustahil, satu hari nanti kita akan menceritakan kehebatan Gazan melawan penindasan Zionist kepada anak-anak kita dengan bangga!

Ya! Sejarah akan merakamkan episod sedih Gaza ini sebagai satu titik tolak kebangkitan umat ini mencapai kehebatan masa depan. Umat ini telah terlalu terdesak. Kita sedang berada di ceruk yang tiada lagi hujungnya. Dalam pusingan roda ketamadunan, kita tiada lagi arah utuk dituju melainkan ke atas.

Mari lihat kembali sejarah..

Ghetto di Warsaw dan Gaza

Baru-baru ini saya membaca mengenai sejarah orang Yahudi ketika perang dunia pertama dan kedua termasuk kekejaman yang dilakukan oleh Nazi pimpinan Adolf Hitler. Antara yang menarik perhatian saya ialah kisah Ghetto Yahudi di Warsaw, Poland. Saya terkejut..

ghetto3

gaza1 child-ghetto2 untitled31

Sejarah itu sentiasa berulang..Cuma wataknya berubah – gambar ihsan Bro Mirgani Ahmad

Ya, mereka melakukan kepada Gaza “sebijik“ seperti apa yang dilakukan ke atas mereka. Di ghetto tersebut, jumlah penduduk Yahudi dianggarkan seramai 440,000 – 38­­% daripada penduduk Warsaw. Tetapi, saiz ghetto tersebut hanyalah 4% daripada saiz Warsaw.

Sama juga seperti di Gaza sekarang ini, jumlah penduduknya adalah hampir 1.5 juta dan keluasan Gaza hanya lebih kurant 4 batu x 25 batu – Gaza merupakan antara tempat yang populasinya paling padat di atas muka bumi sekarang ini.

Di ghetto tersebut, hampir 100,000 Yahudi terbunuh disebabkan sama ada penyakit yang berjangkit, kelaparan mahupun pembunuhan tentera Nazi ketika itu. Perkara ini belum lagi menambah jumlah yang terbunuh di kem-kem konsentrasi yang mana, wallahua’lam, hampir jutaan manusia di bunuh.

Sejarah mencatatkan, akibat terdesak dengan penindasan dan kezaliman Nazi German yang menjajah Poland ketika itu, penduduk Yahudi di ghetto tersebut bangkit memberontak untuk membebaskan mereka daripada kezaliman. Kemuncak pemberontakan tersebut ialah apabila tentera Nazi di bawah pimpinan Jurgen Stroop memasuki ghetto dan memusnahkan bangunan-bangunan di dalam ghetto tersebut dan membunuh siapa sahaja yang mereka jumpai.

Apa pengajaran untuk kita?

Kita semua tahu (atau mungkin tahu) apa kesudahan sejarah hitam Holocaust dan Perang Dunia Kedua. Melalui perjanjian Balfour 1917, satu perjanjian yang tidak masuk akal, Palestin “dianugerahkan” kepada Yahudi Zionist atas sebab “simpati”

balfour_declaration_unmarked

Gambar:sumber wikipedia.com

Bayangkan si A menjanjikan kepada si B barang kepunyaan si C tanpa berunding atau memperoleh persetujuan si C tersebut.. Itulah yang terjadi dengan Perjanjian Balfour ini.

Dengan berlatarbelakangkan perjanjian ini, dan juga Holocaust yang berlaku, ditambah pula dengan pemberontakan Arab 1916 dan kejatuhan Khalifah pada 1924, bermulalah mimpi ngeri penduduk Palestin, sehingga hari ini.

Sebagai kesimpulan, perancangan musuh dan kelemahan umat Islam telah merencanakan kejatuhan Palestin ke tangan Zionist.

Sejak dari itu. umat Islam masih tidur, tertindas, lembap, korup, miskin, bodoh dan tidak punya harga diri. Lihat sahaja dunia umat Islam hari ini…

Di Malaysia, dengan budaya hedonismanya yang melampau..

Di Arab, dengan diktator-diktatornya yang korup..

Di Kashmir, KITA terus diperkotak-katik…

Di Tak Bai satu ketika, KITA dilanyak…

Satu ujian

Orang-orang Yahudi keluar dari episod ngeri mereka sehingga mereka berjaya menjadi antara yang paling berkuasa di dunia hari ini, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini. Bagaimana dengan kita? Apakah mustahil kita juga akan menjadi unggul?

Sesungguhnya umat ini pernah melalui detik genting seperti sekarang ini. Lihat keadaan kita semasa di Mekah sebelum Hijrah. Umat Islam pernah disembelih beramai-ramai oleh tentera Salib Kristian semasa mereka merampas al-Aqsa. Umat Islam juga pernah disembelih oleh Mongol di Bagdad pada 1258.

Namun sejarah mecatatkan, umat Islam bangkit selepas semua tragedi tersebut. Al-Aqsa dirampas oleh Salahuddin al-Ayubi. Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan Mongol. Sultan Muhammad al-Fateh berjaya membuka Constantinople.

Apa yang diperlukan ialah perjuangan – iaitu menegakkan kembali Islam bermula dalam diri ktia sendiri. Amir al-Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. pernah menyebut kepada kaum Arab:

“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”.

Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).

Ya! sejarah akan merakamkan episod sedih Gaza ini sebagai satu titik tolak kebangkitan umat ini mencapai kehebatan masa depan. Umat ini sudah terlalu terdesak. Kita sedang berada di ceruk yang tiada lagi hujungnya. Dalam pusingan roda ketamadunan, kita tiada lagi arah utuk dituju melainkan ke atas. Namun, perjuangan ada harganya, dan harga itulah yang perlu kita bayar..

Firman Allah s.w.t., maksudnya :

” Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. ”

al-Insyirah 94:12

Oleh: Abu Hanzhalah