Oleh: Abu Hanzhalah
Resah, itulah yang saya rasa apabila membaca tulisan seorang sahabat di blog peribadinya..Dia menulis tentang beberapa pengalaman buruknya dengan “geng-geng usrah” sepanjang beliau di kolej persediaan dan di Czech Republic. Resah, kerana memikirkan beberapa kebenaran disebalik apa yang dia sebutkan. Ya, ada banyak perkara yang beliau catatkan yang saya tidak berapa setuju, namun banyak juga yang saya sangat bersetuju.
Rebel Agama atau “Mat Agama”?
Ya, ramai di luar sana, yang ‘memberontak’ kerana menolak ”orang agama” . Mereka marahkan ”orang agama” bukan pada agama itu sendiri. Alhamdulillah, pada satu sudut, saya bersyukur..
Saya merenung panjang memikirkan apa yang dia tulis.Teringat kisah seorang sahabat baik yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama yang memang terkenal. Diceritakannya pada saya, dulu, sewaktu di sekolah, kalau ada budak yang tidak pakai kopiah ketika pergi solat jumaat, memang sah-sah akan teruk di”sound” walhal boleh jadi budak tersebut hilang kopiahnya.
Ada satu kes pula, seorang guru disiplin melempang seorang budak HANYA kerana kesalahan tak ”tuck-in” bajunya. Adoi..
Maka, ramai produk-produk sekolah tersebut apabila keluar, rebel terhadap ”agama”. Lantas, produk-produk ini dicop sebagai produk ”gagal.” Yang dahulunya di sekolah bertudung labuh, ada yang sudah tidak bertudung. Ada yang dulu di sekolah, boleh jadi satu hari tak nampak lelaki, bila keluar sekolah tersebut, ”bercouple” sakan.
Aduh, kerana sesetengah ”orang agama” seperti ini, dukacita, agama menjadi mangsa..
Hikmah Dakwah
Saya sendiri tidak pernah melalui sekolah agama. Saya bukanlah alim mana pun dulu. Solat boleh jadi lepas. Itu pun kadang-kadang nyaris terlepas. Di sekolah dahulu, tidak juga saya ”baik sangat.” Kawan-kawan saya sehingga sekarang ada yang bukan ”calang-calang”..
Namun, Alhamdulillah, di Intec, saya di” approach” oleh beberapa sahabat yang mengajak saya bersama untuk ke sebuah kuliah sempena maulid al-rasul. Kemudian, saya diajak menjadi ahli untuk editorial board sebuah persatuan agama di sana. Kemudian pula, saya diajak “masuk usrah.” Lama kelamaan, hati saya terikat dengan usrah. Kadang-kala, kalau tidak ada usrah minggu itu, hati jadi kurang senang. Kalau dulu, boleh kira sebulan berapa kali saya baca al-Quran (itu pun sekadar Yaasin malam Jumaat- sepatutnya, yang sunnah baca Surah al-Kahfi hari jumaat) sekarang kalau sehari saya tidak baca Qur’an, hati jadi tidak tenang..
Alhamdulillah, saya berdoa.. ini adalah hidayah Allah kepada saya. Semoga Allah tunjukkan saya jalan untuk menerima kebaikan. Ya, benar, saya jauh sekali dari sempurna, tapi saya sedang cuba, untuk menjadi saksi sebenar kepada kalimah Haq yang telah saya ikrarkan.
Hikmah, Kaedah dan Hukum
Ramai orang menganggap, kalau kita “dakwahkan sesuatu”, dan si penerima dakwah tersebut tak bersetuju atau marah, maka kita tidak berhikmah. Contoh..
Saya pernah bertazkirah di surau Muslimat di Intec, saya ada menyebut:
“kenapa baca Qur’an kalau korang baca tapi tak faham? Quran itu, Huda li al-nas (petunjuk untuk manusia). Bagaimana Qur'an nak jadi petunjuk kalau kita baca pun tak faham maksud? Apatah lagi tak baca langsung?”
Kemudian, ada seorang ‘sister’ menghantar sms kepada saya: “ Anta ni tak berhikmah, baca quran tu pun dah dapat pahala, anta plak kata tak guna..”
Saya tersenyum.. Lain yang ingin saya sampaikan, lain yang Sister tersebut ambil. Lantas saya terus dilabel “tidak berhikmah.”
Apakah kalau anda marah maka terus si pendakwah itu yang tidak berhikmah?
Saya teringat kisah Nabi Nuh a.s. di dalam al-Qur’an, surah al-Nuh. Baginda berdakwah selama hampir 900 tahun. Isteri dan anak baginda sendiri tidak beriman. Sangat sedikit orang yang mengikuti baginda. Apabila baginda ‘approach’ umatnya, ada yang tutup muka dengan baju, masukkan jari ke telinga dan sebagainya kerana menolak dakwah baginda. Apakah Nabi Nuh tidak berhikmah dalam dakwah atau tak pandai nak berdakwah?
Nabi Muhammad saw juga ditolak dahulu, meskipun pelbagai hujah dan ‘kalimah agung’ berupa al-Quran yang baginda bawa. Apa, Nabi s.a.w. juga berdakwah dengan cara yang tak kena tempat? Nauzubillah...sudah tentu tidak..
Lipatan sejarah membuktikan, dakwah tidak pernah tanpa kesakitan, kemarahan, dan penolakan. Dakwah tidak pernah menyenangkan semua pihak!
Kita Menyatakan Kaedah, Bukan Menghukum
Sila rujuk artikel tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abiddin berkenaan tajuk yang sama di sini
Apabila situasi mendesak dikeluarkan sesuatu hukum, hukum tersebut bukanlah bertujuan menghukum. Mungkin ada yang menyalahgunakan sesuatu hukum, namun ia tidaklah menjadikan hukum tersebut hilang “validity” nya. Jangan kita kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakar. Tidak dinafikan ada yang “lebih lajak dari laju,” tapi jangan kita belasah semua pihak guna “template” yang sama. Ibarat menerima bola tanggung, lantas kita tunggu masa untuk “smash”. Agak tidak adil di situ.
Maksud surah al-Maidah, ayat 8:
“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “
Kita bukannya ingin menghukum, kita HANYA menyatakan kaedah hukuman.
Seorang yang melanggar lampu merah, boleh jadi ditahan polis. Polis akan mengeluarkan saman. Adakah polis tersebut salah kerana tahu menghukum sahaja? Dia memegang amanah untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Terpaksa dia menjaga amanahnya.
Namun, boleh jadi juga, seseorang itu melanggar lampu merah kerana perlu berkejaran ke hospital dalam sebuah situasi kecemasan. Ketika itu, walaupun dia ditahan polis, boleh jadi polis tersebut akan melepaskannya menurut budi bicaranya kerana situasinya ketika itu. Namun, hukumnya tetap sama, langgar lampu merah itu haram!.
Contoh lain,
“Bro, kalau aku g clubbing-clubbing ni aku masuk neraka ke? Aku solat, solat gak, puasa ada gak.. baca qur’an pun ada gak sket-sket.. ”
Kalau ada sesiapa bertanya pada saya soalan yang sedemikian, saya katakan, “Aku bukannye Ayah Pin yang mengaku jaga pintu neraka. Aku sendiri pun tak tau apa nasib aku kat “sana”, apatah lagi nak bagi hukuman untuk ko..”..
“ tapi, kalau ko tanya, clubbing ni boleh bawak ke neraka ke? Aku jawab, wallahua’lam, dari ape yang aku tau, berdasarkan Quran and Hadis, nampak gaya macam gitu la..”
“Itu adalah kaedah hukuman, tapi takdela aku kata ko konfem masuk neraka!”
Ya, Allah Maha Adil, manusia ditimbang mengikut ringan atau berat amalannya. Boleh jadi kesalahan kita ditampung oleh banyak lagi kebaikan-kebaikan kita. Dan sebaliknya juga, boleh jadi, kebaikan-kebaikan kita tak berguna dek banyak kesalahan-kesalahan kita.
Maksud Surah al-Qari’ah, ayat 6-11:
“ Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Sebaliknya) orang yang ringan timbangan amal baiknya. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah". Dan apakah engkau mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar”
Perkara ini, seperti yang disebutkan Dr Mohd Asri dalam artikel beliau di atas, perlu difahami oleh kedua-dua pihak. Pertama mereka yang tidak faham tentang maksud kaedah-kaedah yang disampaikan lalu menuduh yang bukan-bukan. Kedua kepada golongan pendakwah sendiri yang terlalu cepat menghukum individu tanpa penelitian.
Tazkirah Penutup Bicara
Akhir sekali, apapun pandangan, keputusan, idea dan pegangan kita, yang penting untuk kita fahami dengan betul ialah, biarlah di penghujung perjalanan kita nanti, tempat kita ialah di syurga. Apa pun tindakan kita, timbanglah ia dengan neraca “taqwa“ – sama ada Allah dan Rasul redha, atau sebaliknya. Mungkin apa yang ingin saya simpulkan di sini, agak kurang “standard“, tapi hakikatnya inilah perkara yang paling penting untuk kita hayati dan pegangi.
Rugilah manusia, dalam kesibukan dirinya berjuang menongkah kesibukan dan pahit-manis hidup ini, dia terbabas dari landasan taqwa ini, lalu akhirnya, membawa masalah kepadanya di hadapan Mahkamah Allah yang Maha Agung nanti.
15 comments:
Salam..
Bagus gak artikel ni..tp saya nak igtkan satu je pada saudara.saya nak minta saudara jgn samakan perjuangan saudara dgn perjuangan Rasulullah S.A.W,maksud saya,dari segi penolakan atau bantahan masyarakat sekeliling terhadap perjuangan itu sendiri.Saya rasa,kita semua tahu kenapa Rasulullah ditentang masa mula2 baginda mencuba untuk sebarkan Islam,dan saya rasa kita semua tahu,sebelum baginda dilantik menjadi seorang Rasul,bagaimana masyarakat pada ketika itu sgt menyayangi dan menghormati baginda,sehinggakan baginda digelar Al-Amin,dan banyak lagi peristiwa yang boleh dijadikan contoh.Masyarakat pada masa tu,tak tentang Rasulullah,tp agama yg dibawa baginda..Kalau nak ckp pasal hikmah,tak ada manusia yang lebih berhikmah dari baginda pada pendapat saya.Saya percaya,kalaula baginda ajak manusia kepada benda lain selain Islam,mesti ramai je yang terus bulat-bulat setuju dan sokong disbbkan hikmahnya baginda.
Dan skrg,saya nk bagi pendapat saya pasal perjuangan yg saudara bawa.Manusia yang "tersebut" tak tentang agama yg saudara bawa,tp cara dan method yang saudara guna.Saya akui,tiada manusia se"perfect" Rasulullah..tp saya harap cubala guna cara atau method yang dpt diterima ramai.Dan cara,bkn hanya sekadar kata-kata atau tulisan,tp juga perbuatan,sbb pada pendapat saya,hikmah ni bermaksud tersembunyi,orang perlu fikir apa maksud tersirat disebalik apa yg disampaikan,sama ada melalui kata-kata atau perbuatan,atau tulisan.Dan setiap perkataan tu,mestila disertai dgn perbuatan.Apalah gunanya kita pass teori,tapi praktikal gagal,kan?.Tapi malangnya,ada segelintir golongan yg berjuang ni,muka dia yg berjuang,muka dia jugala yg dating,muka dia jugala yg terang-terang kutuk orang lain,muka dia jugala yg men"capab",muka dia jugala yg selalu act mcm dia superior dari orang lain(tak hormat orang),muka dia jugala yang makan duit orang lain and etc..Jadi,macamana nak expect orang lain akan terima perjuangan tu,walau pada dasarnya,mereka sikit pun tak tentang ISI perjuangan tersebut.Boleh nampak kan,perbezaan dgn penentangan masyarakat Quraisy terhadap perjuangan Rasulullah?
Saya yakin saudara tentu faham apa yang saya cuba nak sampaikan ni. Saya rasa cukup setakat ni je la..Saya betul-betul minta saudara atau sesiapa pun,tak terasa hati dgn comment saya ni.Saya ikhlas,Wallahi,Watallahi,Wabillahi..
Sekian
wkmslm wbt.. terima kasih ats respons
secara jujur saya katakan..saya kurang faham apa yang awak cuba sampaikan..maaf..=)
Anyway, saya terima apa yang awak cuba sampaikan sebagai satu tazkirah buat diri saya sendiri yang lemah ini.. dan untuk kita semua,inshaAllah..
komen saudara/i.. "manusia yang tersebut".. yang mana satu ye?.. saya rasa, sepanjang artikel tersebut, tidak ada pula saya tujukan kepada mana-mana satu individu secara spesifik.. kalau ada pun, mungkin tentang "sister intec" tersebut.. dan saya bukannya marah pada beliau, ataupun berniat nak kritik beliau dalam artikel, saya dah pernah jelaskan pada beliau apa maksud sebenar tazkirah yg saya ceritakan diatas.. saya cuma gunakan cerita tersebut sbg satu pengalaman..
dan komen tentang "perjuangan saya"(kurang faham sebenarnya apa maksud sebenar...maaf=)..).. tidak.. artikel ini bukan tentang perjuangan saya. Artikel ini bukan respons berbentuk personal, tapi ia lebih kepada umum.. ia sebuah respon kepada apa yang berlaku di persekitaran saya..
dan, benar apa yang awak katakan..siapalah kita berbanding Rasul saw.. malu saya even kalau nk bandingkan dengan perjuangan baginda saw.. saya tegaskan sekali lagi..artikel ini bukan tentang "perjuangan saya"..
dan, WA, setakat pengetahuan saya.. hikmah itu: apa yang paling sesuai, pada waktu yang sesuai, dengan cara yang sesuai.. betulkan kalau salah yer..
WA.. =)
secara jujur saya katakan..saya kurang faham apa yang awak cuba sampaikan..maaf..=)
refer kepada ayat di atas. aku rase au boleh tolong explain dlm bentuk ayat lain kot...
yang anonymous nk ckp... kepada org-org yg sedang berdakwah tuu. igt la. org bukan tentang atau tak setuju dgn apa yang dibawa oleh pendakwah tu(yakni agam islam yang benar). tetapi, rami yang tak bleh terima pendakwah tu. pendakwah tu seolah-olah menjauhkan penerima dakwah tu dari ajaran islam yang ingin di bawa pendakwah. yer lah mane tak nye,. bak kate anonymous... "Tapi malangnya,ada segelintir golongan yg berjuang ni,muka dia yg berjuang,muka dia jugala yg dating,muka dia jugala yg terang-terang kutuk orang lain,muka dia jugala yg men"capab",muka dia jugala yg selalu act mcm dia superior dari orang lain(tak hormat orang),muka dia jugala yang makan duit orang lain and etc.."
tapi yang paling ketara itu lah. yg rase diri die lagi superior dr org lain.. contoh laa kan.bile org lain buat something.. terus dipersoalkan niat org tersebut. org yang dakwah tuh mungkin tka sedar die sedang mempersoalkan niat org itu.. tapi bile org ckp kat kite "aku tak tau la ape niat kot kan.. tapi. bla bla bla.." contoh 2. bile pendakwah kate "ape-ape pun. betulkan niat. insyaALLAH.. blah bla ba.." bagi pendengar atau yg di dakwah itu. tentu terus terasa. " pehal lu.. lu ingat ni lu sorg je ke betol. niat org. terus nk condem.. terus nk persoal."
so. confirm2 lah. org takkan tertarik dgn dakwah yg cube disampaikan... simple as that.. lebeh parah lg. dr tak dpt terima. or gterus rebel.. dan kutuk dan even mungin menimbulkan fitnah... kan betul ke tak betul. org yg mendakwah mungkin tak pernah terpikir macam ni sb tak pernah ade org sound die macam die sound org lain tak pernah org tnya die "ape niat ko sbnarnye.." atau" aku tak tau lah ape niat ko." bile anda berhadapan ayat2 macma nih... haaa.. baru hang tau ape itu makna hikmah kott... hehehe
amacam anonymous. betul tak aku translate ayat ko.ke salh maksud ata terpesong? hahaaha. kalu salah.. gak. kene tnye anonymous sndiri lah..
" komen saudara/i.. "manusia yang tersebut".. yang mana satu ye?.. "
aku rasa tak perlu kot tau "manusia tersebut" dgn specific.. cukup lah sekadar org2 yg cube d dekati oleh pendakwah yg sifatnya tidak berhikmah.. sperti kata anonymous..
"segelintir golongan yg berjuang ni,muka dia yg berjuang,muka dia jugala yg dating,muka dia jugala yg terang-terang kutuk orang lain,muka dia jugala yg men"capab",muka dia jugala yg selalu act mcm dia superior dari orang lain(tak hormat orang),muka dia jugala yang makan duit orang lain and etc.."
manusia tersebu ialah manusia yg berhadpan dgn golongan2 seperti tertera di atas laa.
dan komen tentang "perjuangan saya"(kurang faham sebenarnya apa maksud sebenar...maaf=)..).. tidak.. artikel ini bukan tentang perjuangan saya. Artikel ini bukan respons berbentuk personal, tapi ia lebih kepada umum.. ia sebuah respon kepada apa yang berlaku di persekitaran saya..
aku rase. anonymous nk cakp... die bukan refer kpd artikel yg umum ini. tapi die nk cakap.. yang perjuangan dakwah yg cuba dibawa kepada die.... oleh org2 yg tidak berhikmah dlm dakwah mereka. bukankah dakwah itu suatu perjuangan.
sbb tuh die kate "Jadi,macamana nak expect orang lain akan terima perjuangan tu,walau pada dasarnya,mereka sikit pun tak tentang ISI perjuangan tersebut."
Thanks ayie.. inshaAllah.. ape yg blh..aku cuba amek sbg peringatan.. thanks sbb komen bro..
anyway, sedikit pandangan, benda jadi lagi simple, kalau semua orang tengok sesuatu benda tu scr objektif, dan tak dipengaruhi oleh ape2 "first-opinion"..ni aku tuju kepada semua la...baik yang "didakwah" dan "pendakwah"..
Utk sape pun, jangan kerana sikit keburukan seseorang, kita buat "tak nampak" semua kebaikan yang mungkin ada pada dia..
Semua manusia buat silap kot..huhu.. inshaAllah, utk sape2 yang baca..sama2 amek pengajaran..mg tuhan ampun kita semua..=)
yang penting juga..WA.. biar manusia itu ditolak.. sbb manusia bukan maksum pun.. tapi mesej yang dia cuba sampaikan patut diberi perhatian.. dan dijudge dengan adil.. tolak "pendakwah yang tak berhikmah" takper.. tapi jangan terus tolak ape yg "didakwahkan".. sebab, kita nanti akan dipersoalkan tentang ape yg kita buat.. bukan ape yg orang lain buat..
sebab tak dinafikan la..mmg blh jadi manusia yang "berdakwah" itu juga ada masalah.. tapi takdela terus menjadikan ape yg dia cakap tu automatik salah kan..
cth: blh jadi org tu minum arak, tp dia tegur org lain yang minum arak.. teguran yg dia buat tu tetap betul.. walaupun dia sendiri salah..
atau pun..cth lbh kpd realiti.. boleh jadi orang tu "bercouple," tapi dia marah sgt kat org lain yg "bercouple", dia marah kat org lain yg bercouple tu tetap betul..wlupun diri dia sendiri yg bercouple tu salah..
biar urusan diri sendiri, kita tanggung sendiri depan tuhan.. WA
Hahaha... aku rase takde kot orang yang couple tu marah kat org len yg bercouple
Ish… aku rase ko tak menjawab soalan mamat anonymous tu kot… ko tak paham ke, atau buat2 tak paham? Try not to bid around the bush and go straight to the point. Tak perlulah gunakan rhetorical question ataupon reverse psychology untuk menjustifikasikan ape yg ko dah buat. Ok aku malas nak berbunga2 atau berkias2 takut tak paham plak. Aku rase ape yg cube mamat anonymous tu nak sampaikan ialah cara penyampaian ko dalam memperjuangkan ape yang ko nak perjuangkan (kalau ko pon tak tau ape perjuangan ko, abes tu ape yg ko buat selama ini).
Merujuk kepada ayat mamat anonymous tu (aku yakin ko laki, aku ni sexiest sket huahuahuahua) org arab dulu tak tentang nabi, tapi tentang Islam. Dalam keadaan skarang nie, obviously, org tak tentang Islam, tapi tentang pendakwah, yang sampai skarang takkan ko tak nampak2 lagi kot. Rase superiority dalam diri mmg rata2 org akan nafi bende nie, tapi ianya mmg terjadi. Kalau pendakwah nie tak reti nak dekati orang lain SELAIN geng2 korang nie, macam mane? Korang penah tak duduk semeja ngan budak2 selain Malaysia yg bukan islam bincang pasal agama? Korang baik ke ngan budak BUKAN Malaysia atau Islam kat sini? Atau mcm Lan cakap, penah tak korang xplain kat dorang pasal islamophobia atau Islam tu sendiri? Kalau takat nak bagi contoh dah ade buat talk tapi dorang tak datang buat pe? atau cakap ‘kita dah anjurkan, terpulang kepada mereka kalau nak datang’. Mane hikmah atau strategi korang nak menarik org2 camni?
Kite suke bagi contoh tokoh2 yang cukup agung untuk menyebarkan Islam tapi nak buat? Tanye diri sendiri aa beb… Mari kite lihat contoh terdekat kat Hradec nie. Aku suke tgk cara Humza (mamat janggut lebat kat hradec English accent pekat gile) approach kawan2 die yg bukannye muslim. Sembang mcm biase buat bende gile pon same2, in the same time cucuk2 sket pasal Islam kat dorang. Eventhough mamat2 yang laen nie mmg tak setuju ngan die (ye aa, dah bukan Islam) tp die still respect dorang dan cube utk mendekati dorang lagi. Aku bukannye nak bagi solution ko pegi la clubbing ngan dorang ke ape, tapi korang dapat nampak la kan? Mmm… aku byk point lagi… tapi dah la kot… maybe aku akan tambah kat blog Lan lagi… (wei Lan, aku promote blog ko siut~)
salam..
1)haha.. wei..ade ar org yg bercouple tp dia tak senang tgk org lain bercouple..seryes..tp takyah ar aku crt detail kot.. huhu
2) seryes..initially aku mmg tak fhm ape yg ananymous cb ckp..sbb terlampau general.. pastu..ayee explain aku faham ar sket.. ni ko explain..aku LEBIH nampak ar...thanks bro...in fact aku ty gak 2-3 org sahabat kot-kot derang faham..even derang pun tak fhm sgt sebenarnye...huhu..
3)Hurm..thanks for the opinion.. btul la ape yg ko kata tu.. actually..aku pun takdela lama sgt bab2 ni.. aku sendiri baru nk belajar..iA aku tgh cb perbaiki ape2 kekurangan..
4)takyah kot aku cerita kat sini ape yg aku dah buat psl isu dakwah kat Non Muslim ni.. tp..alhamdulillah, walaupun tak banyak yg aku buat..inshaAllah, ada jugakla aku buat SIKIT..
5) betul ape yg ko ckp psl humza.. aku pun byk belajar dari dia.. mmg terasa ar kekurangan diri dari bab tu.. tp tula..mgkn background lain2..dia dari kecik mmg terdedah kpd non Muslim europe ni..n mmg kepakaran dia bab ni.. aku plak kat malaysia mmg tak pernah pun terpk nk dakwah kat Non Muslim ni.. takyah pk non malaysian ar.. even shbt kita yg chinese n indian pun..takde sgt pun kt approach..aku memang kureng sket ar bab ni..tp tulah..tu bkn alasan.. iA..same2 ar kita belajar...huhu
ps.Open ID ni ade prob ar.. terpaksa gn ananymous
Abu Hanzhalah
thanks shiraaj.
kita sama2 ambik pengajaran dan belajar..
semoga kita jd yg lebih baik dr yg semalam..
salam
saya bukanlah 2 anonymous yang berada di atas ni. saya anonymous yang baru :)
saya cuba nak sentuh sedikit pasal "superiority" seperti yang anonymous 1 cakap.
so,di sini saya cuba nak sentuh pasal cerita seorang 'pendakwah' ni yang kadang-kadang pandai-pandai sahaja menilai aktiviti agama yang orang lain lakukan. Siapa kita untuk menilai iman seseorang yang lain? Walaupun maybe dia hanya menganggap itu hanya satu gurauan, tapi bagi saya, gurauan yang tidak bertempat itu boleh menyebabkan perasaan orang lain tersinggung. Perasaan manusia semuanya berbeza. Tiada yang serupa. So, dalam bergurau tu, fikir-fikirkanlah.
Wallahu a'lam bissawab :)
hoho.. wow.. takut plak..RZ ni jadi tempat kutuk "pendakwah".. haha
Anyway, takperla.. smua yg bc same2 la kita amek pengajaran.. Jangan kt pandai kritik jer, tapi "kerja" kita sendiri kita tak buat..kan2? macam kat atas tu sebut ar.. last2, kat "sana" nnt,kita nk kena berhujah depan DIA.. so sama2 la kita sediakan diri..
papehal, jom join TPMG.. jgn ckp byk TPMG pun tak nak pegi..jom belajar hikmah berdakwah kat TPMG dgn sheikh MAZA...haha
sokonglah program2 dakwah ni.. majulah dakwah untuk semua..
tazkirah - 23: 71
weyy busut... berapa org join tpmg ni?? deman mengatasi supply ke supply mengatasi demand? citer sket what to expect nnti....
Post a Comment