Tersentak sebentar bila terbaca hadis ini ...
Bukan kali pertama dilalui hadis ini...
Namun, entah kenapa, seketika.. hadis ini membuatkan terfikir...
Menjadi jawapan kepada beberapa persoalan yang bermain di fikiran...
Namun, juga menimbulkan 1001 persoalan di benak otak...
Betapa, untuk ramai di antara kita.. diri sendiri termasuk...
Dunia ini seringkali menjadi saingan Akhirat...
Ketika mana sering kita beretorik...
Akhirat dan syurga itulah matlamat hakiki...
Itulah yang kita tahu...
KeTAHUan yang tidak dituruti keMAHUan...
Kerana apa dikatakan yang demikian?...
Kerana seringkali AKHIRAT itu tewas bila DUNIA itu menjadi habuan...
Apa kata KAWAN lebih kita takuti dari apa kata TUHAN kepada KAWAN...
Marah KAWAN lebih kita risaukan dari marah TUHAN kepada KAWAN...
Tanggungjawab untuk KAWAN lebih kita utamakan dari tanggungjawab pada TUHAN kepada KAWAN...
Tak mahu kita bersusah untuk TUHAN...
Tak mengapa kita bersusah untuk KAWAN...
Tak sedih kita bersalah pada TUHAN...
Sedih kita bila bersalah pada KAWAN...
Wahai kawan-kawan, fikir-fikirkan...
|
0 comments:
Post a Comment