Update Gambar Terbaru


by Azizul Salehudin

Muhammad Hamzah Faruq

Hradec Kralove, 25 Jun - Muhammad Hamzah Farouq bin Shiraaj telah selamat dilahirkan di Porodnická a Gynekologická Klinika, Fakultní Nemocnice pada jam 8.34 malam waktu tempatan. Anak Malaysia pertama yang dilahirkan di bumi Hradec Kralove ini telah menjadi buah mulut masyarakat pada masa ini sekaligus menenggelamkan berita mengenai Micheal Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel Jackson.

Rata-rata masyarakat Muslim di Hradec Kralove dan para pelajar perubatan di Lekarska Fakulta menyambut girang kelahiran Muhammad Hamzah Farouq. Beberapa kenalan rapat kepada bapa bayi ini yang ditemubual melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam komuniti Muslim di bumi Czech Republic ini.

Rajeev Shams, rakan susrah Shiraaj berulang kali menyatakan kegembiraan beliau dengan kelahiran Muhammad Hamzah Farouq. Tambah beliau lagi, bayi ini menyerupai spesisnya yang selama ini jarang ditemui di Malaysia.

Muhammad Hamza Noor, seorang lagi sahabat kepada Shiraaj juga melahirkan kegembiraannya yang tidak terhingga. Kata beliau lagi sambil mengusap-usap janggutnya, nama bayi comel ini hampir sama dengan namanya walaupun ia bukan diambil sempena nama beliau.

Kaum wanita yang terkenal dengan sifat 'suka dengan babies' juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan dengan kelahiran mujahid muda ini. Ada di antara mereka yang sudah mula memikirkan nama gelaran untuk diri masing-masing. Mereka dilaporkan masih memilih nama-nama gelaran. Antara nama-nama yang popular di kalangan masyarakat Melayu adalah Mak Long, Mak Su, Mak Teh dan Mak Lampir.

Pada 2 Julai 2009 iaitu pada hari Khamis akan diadakan jamuan aqiqah bersama komuniti Muslim di Medium, Hradec Kralove bermula jam 7 petang sebagai mengamalkan amalan sunnah kelahiran anak. Semua komuniti Muslim di Hradec Kralove dijemput hadir.

Di bawah ini dikongsikan beberapa gambar Muhammad Hamzah Farouq selepas baru dilahirkan. Selamat melihat.

Dilaporkan oleh,
Azizul Salehudin


Muhammad Hamzah Farouq, hari pertama



Posted by Picasa

Kepada Shiraaj dan Aini,

"BarakAllahu laka filMawhoobi laka, wa shakartal Waahib, wa balaghal Ashooddahu, wa ruziqta birrahu"
(Semoga Allah memberkatimu dengan kurniaanya, dan semoga kamu bersyukur, dan semoga anakmu ini membesar, dan semoga kamu dikurniakan kebaikan)
An-Nawawi, Kitdbul-'Athkarp. 349, and Sahihul-'Athkar2/7l3 by Saleem Al-Hilali.

Hadith 23


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:

Kebersihan itu separuh daripada iman.
Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah,
kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Solat itu adalah cahaya.
Sedekah itu adalah bukti.
Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya;
ada yang memerdekakan dirinya
dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadith Riwayat Muslim)


Kebersihan Adalah Separuh Daripada Iman
Menurut Imaam Ibnu Rajab, terdapat beberapa pendapat tentang maksud at-Tuhur dan Syutur. Pendapat pertama adalah 'membersihkan diri daripada dosa' manakala pendapat kedua adalah wudhu'. Ibnu Rajab menyokong pendapat kedua kerana 2 sebab;
-Terdapat hadith lain yang menghubungkan at-Tuhur dengan wudhu',
-Imam Muslim juga telah meriwayatkan hadith ini dalam bab wudhu'.

Syutur pula dari segi literalnya bermaksud separuh. Terdapat perbezaan pandangan tentang Syutur. Ada yang berpandangan separuh dan ada juga yang berpandangan sebahagian. (rujukan)

Ibnu Rajab merumuskan maksud 'at-Tuhur separuh daripada iman' sebagai perbuatan menyucikan bahagian externa dan menyucikan jiwa (tazkyatun nafs), kedua-duanya adalah sebahagian daripada iman.

Kesimpulannya, iman itu menterjemahkan amal seorang mukmin. Salah satu petunjuk berimannya seseorang adalah dengan kesucian dan kebersihan dirinya dari luaran juga sejauh mana ia berusaha memelihara diri dari kotoran dosa.


Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Bait-bait hadith ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan zikir kepada Allah. Dengan hanya kalimah Tasbih dan Tahmid, Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran yang tidak ada tandingannya. Tasbih kepada Allah, mengagungkan kebesaran dan kekuasaanNya. Tahmid kepada Allah menandakan rasa syukur tidak terhingga. Petunjuk kepada aqidah yang sejahtera.

Solat itu adalah cahaya
Solat memberikan pancaran cahaya kepada orang mukmin. Allah mengurniakan cahaya dalam hati orang-orang yang bersolat kepadaNya. Rasulullah bersabda lagi dalam hadith yang lain:

"The delight and pleasure of my eyes is in the salah"
(HR Ahmad)

"When a servant of Allah preserves and safeguards the salah and performs it perfectly in terms of its ablution, its sujud, and ruku' then the salah will say to him: 'May Allah preserve and safeguard you as you preserved and safeguarded me', and then the salah will be taken by the angels up to the heavens while it has lights until it reaches Allah subhana wa ta'ala and it will do shafa'ah or intercession for the servant of Allah."

Sedekah itu adalah bukti
Juga diterjemah sebagai 'sedekah itu adalah saksi'. 'Burhaan' dalam hadith ini secara literal bermaksud pancaran sinaran matahari. Sedekah adalah refleks kepada iman yang kukuh. Mukmin yang bersedekah memperoleh bukti yang bersinar daripada keimanan mereka. Dikala manusia sibuk mengejar harta, orang yang menginfakkan harta membuang kecintaan dunia dari dalam hati mereka. Dikala manusia tamak dan haloba menyimpan kekayaan, orang beriman menghulur kekayaan mereka di jalan kebenaran. Allah membeli mereka dengan syurga.

Mukmin yang menginfakkan harta tidak gusar akan kurangnya kekayaan mereka. Aqidah dan keyakinan mereka meletakkan segala kebergantungan kepada Allah menterjemahkan amal mereka. Masih ingat kisah infaq Abu Bakr dan Umar dalam perang Tabuk?

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu infaqkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya."
(3:92)


Sabar itu adalah sinaran
Al-Dhiyaa bererti sinaran. Dalam al-Qura'n diletakkan dua perkataan yang hampir sama maksudnya iaitu al-Dhiyaa dan an-Nuur. Al-Dhiyaa dikahwinkan dengan matahari manakala an-Nuur dipasangkan dengan rembulan. Hadith ini menunjukkan keutamaan sabar dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran. Sabar adalah kekuatan seorang mukmin. Sifat ini sangat sukar diperoleh terutama dalam keadaan tertekan dan ditekan. Sungguh ramai manusia yang tewas dengan ujian sabar dan membiarkan penyakit marah, dendam menembusi hati mereka. Mukmin yang dapat mengawal diri adalah mukmin yang mendapat sinaran sabar dalam hati mereka.


Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu
Al-Qur'an merupakan hujah, panduan, ikutan, perlindungan dan segala. Al-Qur'an menunjukkan kepada orang mukmin bagaimana beramal dengan Islam. Al-Qur'an menceritakan bukti-bukti kekuasaan Allah. Al-Qur'an menyediakan penawar bagi pelbagai penyakit jiwa dan jasad. Al-Qur'an mampu menunjukkan pelbagai keajaiban. Namun yang lebih utama, al-Qur'an mengajar manusia menjalani kehidupan sebagai hamba dan khalifah. Al-Qur'an wajib dibaca, difahami, dihayati dan diikuti. Malanglah seorang manusia apabila hanya mendekati al-Qur'an ketika sakit atau sakaratul maut. Itu pun hanya satu surah daripadanya dan dibaca oleh orang lain ketika ajal di hujung waktu.

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(10:57)


Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya;
ada yang memerdekakan dirinya
dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Inilah intipati hadith ini. Setiap hari manusia berurusan di atas muka bumi. Keluar setiap pagi dan pulang tika dinihari. Dalam kesibukan berurusan, ada yang berjaya memerdekakan dirinya dari ikatan dunia dan nafsu dengan bertunjangkan wahyu. Ada yang mencelakakan dirinya dengan mengikut petunjuk syaitan dan al-hawa. Maka rugilah segolongan manusia yang tidak dapat membebaskan diri dari belenggu kebinasaan. Mereka tidak merdeka dari fana dunia, tidak juga merdeka dari kurungan neraka di akhirat sana.

Konklusi Hadith
Secara keseluruhan, melalui hadith ini, Rasulullah Sallallahualaih wasallam mengajar kita bagaimana menjalani kehidupan dan menyelamatkan diri dari kecelakaan. Di hujung hadith, Rasulullah menasihati ummatnya menyelamatkan diri dari kecelakaan dengan menjaga perkara-perkara yang disebut pada awal hadith iatu kebersihan jasad dan jiwa, zikir, solat, sedekah, sabar dan beramal dengan Kitabullah.


Wallaahua'lam.

Ijoy

'REMEH'KAH SUNNAH INI?

Artikel ini di ambil dari blog seorang sahabat di Malaysia.

Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan


Assalamualaikum wbt.

Pengalaman menjadi fasilitator untuk adik-adik sekolah yang menyertai program-program INTIS mahupun bukan INTIS mengajar dan memberi satu isyarat kepada saya: Betapa sukarnya melaksanaka sunnah di masa kini.

Saya bukan berbicara soal sunnah di dalam solat, di dalam wudhu dan lain-lain yang memerlukan mungkin huraian yang terperinci.

Saya hanya mahu memfokuskan pada satu sunnah yang teramat kecil dan teramat mudah; makan dan minum dengan tangan kanan.

Ia mudah tapi sukar. Makan dengan tangan kanan adalah biasa, tetapi minum dengan tangan kanan?

Saya tidak pasti protokol di dalam majlis bagaimana, tetapi yang saya lihat, dari orang dewasa sampai kanak-kanak, kebanyakan yang saya jumpa minum dengan tangan kiri.

Saya pernah menegur anak buah saya yang minum dengan tangan kiri, dia menjawab bahawa makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kiri. Saya menerangkan kepada dia Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh makan dan minum dengan tangan kanan. Bahkan makan dan minum dengan tangan kiri adalah perbuatan SYAITAN.

Hadith ini seolah-olah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud, seolah-olah ustaz dan ustazah di sekolah tidak pernah mengajarkannya. Jangan pelik jika anda melihat ustaz dan ustazah tanpa segan silu minum dengan tangan kiri.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:


إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ.



"Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya"

[ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2020 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…). Di nukil dari buku online 7 tipu daya Syaitan]


Bila saya duduk makan dengan anak buah saya, dan di sekeliling ialah orang dewasa, tatkala melihat dia minum dengan tangan kiri, saya akan terus menegur dengan suara yang kuat, dan saya sedar ketika itu orang sekeliling saya sedang minum dengan tangan kiri.

Boleh sahaja saya menegur anak buah saya dengan suara perlahan, tapi sasaran saya ialah orang sekeliling, biar mereka dengar apa yang saya tegur pada anak buah saya. Saya mungkin tak mampu nak tegur orang dewasa secara 'direct', jadi itulah cara yang saya lakukan.

Saya tidak mahu memberi komentar kepada teknik sesetengah daripada kita yang mana memberikan alasan tangan kanan kotor, lalu cawan dipegang dengan tangan kiri. Jadi untuk mencukupkan syarat minum dengan tangan kanan, maka ditopanglah di bawah cawan dengan tangan kanan. Wallahua'alam saya tidak berani menyatakan ia boleh atau tidak, termasuk dalam sunnah minum dengan tangan kanan atau punah minum dengan tangan kiri. Cuma saya teringat kuliah Ustaz Arif Nazri, begitu juga rakaman kuliah Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang mengkritik amalan sedemikian. Beliau menerangkan bahawa cuba mereka yang buat begitu alihkan tangan kanan mereka, apakah cawan akan jatuh? Pasti tidak, sebaliknya cuba mereka alihkan tangan kiri mereka, pasti cawan mereka jatuh. Ini menunjukkan sebenarnya mereka minum dengan tangan kiri, bukan tangan kanan.

Ketika bersama adik-adik di kem-kem ibadah. Saya selalu mengungkapkan, "Hah nak jadi kawan syaitan, minumlah dengan tangan kiri". Jika di kem ibadah remaja IQ baru-baru ini, saya sering dengan rotan di tangan memerhatikan adik-adik lelaki minum, sesiapa yang minum dengan tangan kiri pasti disergah oleh saya.

Saya harap, biarlah sekurang-kurangnya selepas 3 hari itu, mereka mendapat sedikir perubahan ke arah sunnah, sekurang-kurangnya berubah dari minum dengan tangan kiri ke minum dengan tangan kanan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa hal sekecil ini diabaikan, diremehkan, dan akhirnya ia berleluasa.

Jika sunnah sekecil ini gagal kita pertahankan, bagaimana kita mampu nak mempertahankan benda yang lebih besar dan lebih berat?

Wallahua'lam.

SEBAB vs KESAN

Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan.

Oleh sebab itulah aku hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan hati yang tenang tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara. Di sana aku hidup di bawah naungan dan pemeliharaan Allah dan aku benar-benar merasa kesan-kesan sifatNya yang positif dan aktif.

-petikan Mukaddimah Fi Zilal al-Qur'an oleh Sayid Qutb-


Bila baca sedutan kata-kata Sayid Qutb kat atas ni, terngiang-ngiang kata-kata orang Jemaah Tabligh yang selalu didengar dulu-dulu.

"Bila kita makan, bukan makanan yang bagi tuan-tuan kenyang. Allah yang bagi kenyang. Bukan kipas kat dinding tu yang bagi sejuk tuan-tuan. Allah yang bagi tuan-tuan sejuk. Ubat yang kita makan tak boleh bagi sihat. Allah yang bagi tuan-tuan sihat."

Sangat betul. Sangat jitu sekali kata-kata ini. Jelas. Tapi jarang sekali manusia terkesan olehnya.

Kalau diikutkan logik akal atau orang kata hukum alam -dalam bahasa moden dipanggil sains- segala perkara berlaku dengan sebab. Sebab menatijahkan kesan atau natijah. Cuba kita tengok sifir di bawah:

Sebab -> Kesan
Makan -> Kenyang
Lari -> Penat
Impuls -> Action Potential
NaOH + HCl -> NaCl + H2O
Study -> Pass Exam


Kalau ikut pemikiran logika, benarlah sifir kat atas ni. Kalau seorang budak makan tapi tak kenyang, pelik. Kalau orang lari tak penat-penat, boleh masuk Buletin Utama. Kalau orang study bagai nak rak tapi tak pass, frust menonggeng lah jawabnya.

Tapi bagi seorang yang beraqidah Islam, beriman dengan Qadar Allah (orang Melayu panggil takdir), sifir ini ada betulnya tapi bukanlah benar secara hakikatnya. Benar, Allah menetapkan sunnatullah alam ini dengan hukum-hukum tertentu. Dari situlah wujudnya ilmu Sains. Akan tetapi, Allah Maha Berkuasa mengubah atau menetapkan segalanya. Bukanlah impuls itu yang menyebabkan 'action potential' tapi Allah yang menetapkan 'Sodium channel' terbuka lantas menyebabkan 'action potential'. Setiap perjalanan ion dan molecule ini segalanya dibawah kawalan Allah. Tidak mustahil bagi Allah kalau Dia nak menetapkan sebaliknya.

Begitu juga dengan usaha, tindakan, peristiwa yang dilakukan manusia. Tiada bezanya. Makannya seorang manusia tidak semestinya memberikan kekenyangan. Tidurnya manusia tidak semestinya mendatangkan kesegaran. Bekerjanya manusia setiap hari tidak semestinya mendatangkan rezeki atau gaji bulanannya. Belajarnya manusia setiap jam tidak semestinya mendatangkan ilmu atau kejayaan dalam peperiksaan. Menuntut di sekolah perubatan tak semestinya menjadikan manusia seorang doktor kelak.

Segala-galanya adalah ketetapan Allah. Manusia tanggungjawabnya adalah menunaikan segala yang diperintahkan. Allah yang perintahkan manusia supaya makan. Allah yang perintahkan manusia supaya tidur. Allah yang perintahkan manusia supaya mencari rezeki. Allah yang perintahkan manusia supaya belajar. Allah yang perintahkan manusia supaya berusaha untuk manghadapi peperiksaan.

Maka tanggungjawab kita adalah melaksanakan segala perintah-Nya. Yang lain, serahkan kepada Allah. Bak kata naqib kami, "We do our part, Allah will do the rest." Allah tidak akan melihat kepada hasil, kesan atau natijah perbuatan kita tapi Allah melihat siapa yang terbaik amalannya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun."
(Al-Mulk: 2)

Itulah sebabnya, bila mana seseorang beriman dengan Qadar Allah, maka hatinya akan sentiasa tenteram dengan segala usaha yang dijalankan. Dia akan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan kesan atau hasilnya diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Kuasa. Dia akan yakin dengan keadilan, kebijaksaan dan kekuasaan Tuhannya. Itulah tanda keimanan yang sejati.

Kita

Kita terlampau memikirkan natijah berbanding sebab. Kita mengharapan Allah memberikan natijah yang kita inginkan seolah-olah kita yang menetapkan natijah.

"Dan tiadalah kamu berkemahuan melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(al-Insaan: 30)

Ketika exam, kita berdoa memohon supaya Allah mengurniakan keputusan begini dan begitu. Ketika bekerja kita berdoa memohon dinaikkan pangkat kepada jawatan itu dan ini. Ketika bertanding kita berdoa memohon menang itu dan ini. Ketika mencari jodoh kita berdoa supaya dikurniakan si fulan atau si fulanah menjadi suami atau isteri. Macam-macam lagi. Segala yang didoakan semuanya untuk dunia. Sudahlah hidup selalu melebihkan dunia, berdoa pun untuk dunia. Itulah kita.

Tak salah berdoa untuk benda-benda tadi. Memang Allah suruh kita berdoa meminta apa saja. Tapi bukanlah doa itu yang akan menetapkan natijahnya. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Maka berdoalah supaya Allah mengurniakan kita yang terbaik dalam segala apa yang kita lakukan. Mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan kesudahan yang baik.

Allah tidak melihat natijah yang kita dapat tapi Allah melihat usaha yang kita buat.

Ijoy




HADITH 22 - Usrah 5th June 2009


Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?

Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Imam Nawawi mengatakan bahawa maksud 'menghalalkan perkara yang halal' adalah melakukan perkara-perkara tersebut dengan yakin bahawa ia dibenarkan manakala maksud 'mengharamkan perkara yang haram' adalah untuk mengelak segala perkara yang dilarang Allah.

Ibnu Rejab pula berpendapat :

'menghalalkan perkara yang halal' – mempercayai bahawa ia dibenarkan; 'mengharamkan perkara yang haram' – mempercayai ia dilarang dan mengelaknya

'menghalalkan perkara yang halal' dengan melakukannya. Halal disini meliputi perkara-perkara wajib, mustahab( yang digalakan) dan mubah ( perkara yang dibenarkan)

So tidak timbul disini isu dimana seseorang ingin menafikan tanggungjawabnya untuk berdakwah kerana seruan dakwah adalah wajib bagi kita sepertimana dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya samalah juga maksudnya dengan kita tak menghalalkan perkara yang dihalalkan.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. 16:125

Mengapa ibadat Haji dan Zakat tidak diperkatakan dalam hadis ini?

Ini adalah kerana semasa persoalan ini dikemukakan, belum turun syariat mewajibkan kedua-dua ibadah tersebut. Jadi untuk mengunakan hadis ini dalam konteks masa kini, kedua-dua ibadah tersebut perlu disertakan juga.

Ada beberapa pendapat tantang bila ibadah Haji diwajibkan. Antaranya pada tahun ke-5, ke-6, ke-9 dan ke-10. Namun pendapat yang dua yang terakhir adalah yang paling dipersetujui.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Yang bertanya ialah :

Nu'man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

Sahabat yang menyertai perang Badar telah Allah janjikan diampunkan segala dosanya. Tapi mereka masih merasakan itu tidak cukup hingga muncul soalan-soalan seperti ini. Mereka merasakan apa yang mereka ada tidak memadai dan mereka perlu berusaha lebih.

2) Hadis ini menunjukan bahawa sesiapa yang memenuhi perkara-perkara yang diperintahkan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara haram akan mendapat syurga.

Kenapa?

Jika kita lihat ibadah solat itu sendiri, ia juga berfungsi menjauhkan manusia dari perkara-perkara haram.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Al-Ankabut (29):45

Sebuah cerita dari Rihadhus Solihin :

Ada seorang Imam masjid yang mempunyai seorang isteri yang cantik. Pada suatu hari wanita ini telah ke pasar dan secara kebetulan angin bertiup dengan kuatnya lalu menyebabkan hijabnya terbuka. Sorang lelaki yang kebetulan berada berdekatan ternampak kecantikan wanita ini lalu ingin memiliki wanita ini. Lelaki ini mengekori wanita ini sampai ke rumahnya. Kemudian lelaki ini kerap mengikut wanita ini, cuba berbicara dengannya dan cuba mengoda wanita ini setiap kali dia keluar dari rumahnya. Wanita ini yang takutkan azab Allah mengambil keputusan untuk memberitahu suaminya tentang apa yang berlaku. Suaminya kemudian meminta isterinay itu berjumpa dengan lelaki yang berkeinginkan diri isterinya itu dan berkata " Kau boleh lakukan apa sahaja kepada ku dengan satu syarat. Kau mesti mengikuti suamiku bersolat selama 40 hari dahulu". "Ini adalah perkara yang mudah! Baiklah."kata lelaki itu. Namun setelah 40 hari melakukan perkara ini, apabila lelaki ini melihat isteri imam yang dia ingin itu, dia segera menundukan pandangan dan memalingkan wajah kerana sedar akan kesilapan dirinya.

  • Fungsi solat menjauhkan diri dari kemungkaran.

3) Hadis ini juga menekankan tentang keberserahan kepada Allah dan perintahnya iaitu dengan meneriama apa yang diperintah dan menolak apa yang dilarang tanpa apa-apa kompromi.

4) Tetapi syurga tidak akan diperoleh dengan hanya melakukan semua perkara wajib dengan membuta-tuli, tetapi perlu disertakan dengan kepercayaan, keikhlasan, kefahaman dan kekushyukan.

Barulah segala ibadah itu diambil kira dan dapat memainkan peranan menjauhkan kita dari kemungkaran.

Contoh : Berpuasa kerana ingin kurus, bersolat kerana tidak mahu di peril dan untuk menutup malu,

Bersolat kerana ingin menunjuk-nunjuk

5) Hadis ini juga menekankan bahawa ibadah sunnah bukan criteria utama untuk memdapat syurga namun yang lebih penting adalah mengutamakan ibadah wajib dan dengan cara yang betul. Walaubagaimanapun, kita patut dan perlu melakukan ibadah sunnah apabila ada masa dan apabila berkemampuan. Ibadah sunnah dapat lebih mendekatkan kita dengan Allah dan memenuhi segala kekurangan kita dalam ibadah wajib.

6) Kita juga dapat melihat hubungan antara murabbi-RASULULLAH dan mutarabbi- Nu'man di dalam hadis ini :

Seorang murabbi perlu mangambil kira latar belakang mutarabbi nya sebelum menjawab apa-apa soalan kerana kita perlu mendampingi setiap orang dengan cara yang berlainan berdasarkan latar belakangnya. Mungkin seseorang itu datang dari tempat yang berlaina dari murabi itu dan jawapan perlu disesuaikan.

Contohnya jika seorang musaffir bertanya tentang wajibnya puasa ramadhan. Jika kita tidak mengetahui bahawa dia bermusaffir mungkin kita hanya akan memberi satu jawapan sahaja bahawa ianya wajib tanpa menerangkan tentang kelonggaran yang Allah berikan pada yang bermusaffir.

Jika tidak tahu akan latarbelakang orang itu, kita perlu menyelidik dan menguasai soalan yang diberi itu dengan sebaik mungkin sebelum menjawab. Kita juga perlu menjawab dengan memberi banyak alternatif untuk jawapan itu sendiri supaya ada diantara jawapan itu yang sesuai dengan situasi penyoal.

Seseorang tidak sepatutnya terlampau membebankan saudara seagama yang mungkin baru memeluk Islam dengan amalan-amalan sunnah. Kita perlu memberikan penekanan tentang amalan wajib terlebih dahulu supaya mereka ini tidak merasa terbeban dan mungkin akan membantutkan minat mereka terhadap Islam. Segalanya perlu dilakukan secara berperingkat dan mengutamakan amalan wajib terlebih dahulu.

7) Hadis ini juga menunjukan Islam adalah agama yang mudah. Dengan hanya melakukan ibadah yang wajib sudah memadai untuk memperoleh syurga dengan syarat ia dilakukan dengan niat yang betul.

8) Disini juga kita dapat lihat akan suasana pentarbiahan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Mereka cukup gemar bertanya tentang apa sahaja kepada Rasulullah dan Rasulullah pula akan menjawab dengan cara dan jawapan yang terbaik dan mudah difahami. Suasana pentarbiahan dari seorang naqib dan mad'u juga perlu mencontohi situasi ini supaya proses ini berlaku dengan efisien dan berkesan.

WA

Sumber : http://fortyhadith.iiu.edu.my/
Talk by Humza Yusuf on the 40 Hadith
Penghargaan juga kepada Naqib RajskeZahrady - Ateeq


By : RajeevSham

Kita Perlukan DIA

Pejam, celik, pejam, celik, dah nak habis semester. Lecture, practical semua dah menutup tirai menandakakan symptom final exam dah muncul. Bergetar hati sekalian student di Czech Republic ini, menantikan saat yang mendebarkan. Tak lupa jugak yang berdebar-debar menanti hari menikah dan hari menyambut orang ketiga. ( apresiasi buat Ajon, Najmi, Siraj :D )

Exam di sini bukan calang-calang. Bukan mengadap kertas dan pen tapi mengadap lecturer yang setiap hari ditatap mukanya. Segalanya mesti IHSAN. Persediaan mental dan intelek wajib ada sebelum bersemuka dengan examiner.

Apa pun, exam tetap exam. Exam satu tarbiyah buat semua untuk tambahkan intelek, kuatkan hati dan emosi.



Tapi kan, ramai orang terlupa. Terlupa untuk berdoa memohon kepada Allah. Terlupa untuk minta pertolongan daripada-Nya. Orang lebih banyak berfikir tentang usaha. struggle, effort untuk exam berbanding meminta, memohon kepada Allah untuk berjaya.

Teringat status YM Potter yang bunyi lebih kurang macam ni, "Memanglah lecturer tu yang akan sign index kite tapi siapa yang menggerakkan hati die untuk sign index tu?"

Memang manusia ni tiada daya untuk buat apa-apa. Kita langsung tiada kuasa untuk tentukan apa-apa. Sedangkan rambut kita pun kita tak boleh nak control pertumbuhan dia, inikan pula nak menentukan masa depan. Memang kita tak boleh nak gerenti yang kita akan pass atau tak exam melainkan atas ketentuan-Nya. Kita memang sangat-sangat memerlukan Allah dalam menghadapi segalanya.

Sebab itulah, Allah S.W.T. menyuruh hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Sebagai Pencipta, Allah Maha Tahu apa yang diperlukan oleh makhluk ciptaan-Nya. Allah mencipta 'nature' seseorang manusia itu sebagai lemah, tiada daya dan sangat memerlukan-Nya. Allah memang suruh kita berdoa.

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (40:60)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (2:186)

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (27:62)

Ada orang rasa yang dia tak layak untuk meminta daripada Allah. Dia rasa yang dia banyak buat dosa, dirinya kotor, hina. Nak exam baru nak minta dari Allah.

Memanglah kita manusia ini hina, berdosa. Manusia memang selalu lalai dan leka. Sebab itulah kita perlu meminta daripada Allah. Meminta untuk dibersihkan hati dari kekotoran dan menjadikan kita orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Adalah lebih baik memohon kepada Allah dalam keadaan penuh dengan dosa daripada langsung tidak berdoa dan mati dalam keadaan hina dan dosa. Nau'zubillah.

Manusia Tetap Manusia

Manusia itu perlu terus dan terus berdoa memohon apa saja daripada Allah. Namun, Allah mengetahui bahawa manusia ini memang selalu lalai dan leka daripada mengingati-Nya. Manusia memang suka meminta apabila dalam kesusahan, kesedihan, memerlukan sesuatu akan tetapi alpa dan lupa setelah mendapat nikmat kurnia dari-Nya.

Allah rakamkan tabiat manusia ini dalam beberapa ayat dalam Al-Quran:

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (30:33)

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (41:51)

Lebih malang lagi bila mana ada manusia yang 'claim' kata nikmat yang diperoleh hanya kerana dirinya sendiri dan bukanlah dari Allah. Firman Allah:

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat dari Kami, berkatalah dia: "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku." Sebenarnya itu adalah ujian, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (39:49)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur atas nikmat kurniaan Allah.

Ayuh, jom sama-sama kita berdoa kepada ALLAH, memohon keampunan, rahmat dan berkat daripada-Nya. Jom kita berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan kepada kita dan kawan-kawan kita yang lain kejayaan dalam final exam. Tak lupa juga kebahagiaan buat yang akan berkeluarga dan yang nak jadi ayah/ibu.



Ijoy

Abu Bunayya

:-)