"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (40:60)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (2:186)
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (27:62)
Ada orang rasa yang dia tak layak untuk meminta daripada Allah. Dia rasa yang dia banyak buat dosa, dirinya kotor, hina. Nak exam baru nak minta dari Allah.
Memanglah kita manusia ini hina, berdosa. Manusia memang selalu lalai dan leka. Sebab itulah kita perlu meminta daripada Allah. Meminta untuk dibersihkan hati dari kekotoran dan menjadikan kita orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Adalah lebih baik memohon kepada Allah dalam keadaan penuh dengan dosa daripada langsung tidak berdoa dan mati dalam keadaan hina dan dosa. Nau'zubillah.
Manusia Tetap Manusia
Manusia itu perlu terus dan terus berdoa memohon apa saja daripada Allah. Namun, Allah mengetahui bahawa manusia ini memang selalu lalai dan leka daripada mengingati-Nya. Manusia memang suka meminta apabila dalam kesusahan, kesedihan, memerlukan sesuatu akan tetapi alpa dan lupa setelah mendapat nikmat kurnia dari-Nya.
Allah rakamkan tabiat manusia ini dalam beberapa ayat dalam Al-Quran:
"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (30:33)
"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (41:51)
Lebih malang lagi bila mana ada manusia yang 'claim' kata nikmat yang diperoleh hanya kerana dirinya sendiri dan bukanlah dari Allah. Firman Allah:
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat dari Kami, berkatalah dia: "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku." Sebenarnya itu adalah ujian, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (39:49)
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur atas nikmat kurniaan Allah.
Ayuh, jom sama-sama kita berdoa kepada ALLAH, memohon keampunan, rahmat dan berkat daripada-Nya. Jom kita berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan kepada kita dan kawan-kawan kita yang lain kejayaan dalam final exam. Tak lupa juga kebahagiaan buat yang akan berkeluarga dan yang nak jadi ayah/ibu.
Ijoy
Abu Bunayya
:-)
3 comments:
ijoy..
antara benda yg selalu kita kantoi, time exam baru nk dekatkan diri pada Allah..time lain?huh!!
muhasabah diri sendiri gak..aishhhh
p/s: hg dok buat promosi plak walimah orang..
boleh tumpang promosi ke?heheh
abu zayyan
assalamualaikum sahabat,sekadar berkongsi....
http://drrazi.wordpress.com/2008/06/13/patutnya-tulis-pre-exam-syndrome-dulu-hehe/
salam'alayk...
pekaba? lame xbertanye kaba...
btol2, stuju sgt ngan ape yg disampaikan di atas.... bile ditimpa musibah baru terasa, 'ni laa dugaan Allah sbb aku lupe kat DIA..', then, bila dpt nikmat balik, lebuhh... "insan oh insan"
bittaufiq wannajah exam2 antum semua...
p/s : salam ziarah dr bumi seberang... bila nak mai ni...?!! (^_^)
Post a Comment