Refleksi Insan - suatu luahan...

From RAJSKE ZAHRADY

Re-Cap Siri Rozumit Deen: Benarkah Imanku?


1. Kita semua sedar, manifestasi keinginan setiap insan untuk beragama adalah fitrah azali yang wujud dalam sanubari setiap manusia. Namun, hasil dari manifestasi ini, kita mendapati pelbagai agama telah wujud. Setiap agama mengakui bahawa, agama merekalah yang paling benar dan tepat dari Tuhan.






2. Persoalan sekarang, kenapa kita Muslim? Kenapa kita menganut agama Islam? Kenapa kita menganggap agama Islamlah agama yang paling benar di sisi Allah? Apa hujah kita apabila berdepan dengan rakan-rakan kita yang non-Muslim? Mereka juga merasakan agama merekalah agama yang paling benar.




3. Rata-rata, bila ditanya kenapa kamu memilih mengikut sesuatu agama, alasan / hujah yang akan dikemukakan adalah sama, antaranya:




4. Alasan-alasan di atas adalah alasan tipikal yang diberi oleh setiap manusia dalam kerangka mereka mengakui kebenaran agama mereka. Namun persoalan timbul, adakah itu alasan yang kukuh dan standard? Adakah ia mencukupi untuk penegakkan hujah tentang kebenaran sesuatu agama?

5. Tanpa disyaki, kita semua sebagai umat Islam, sememangnya yakin tentang kebenaran agama kita. Namun, apakah sandaran kita terhadap keyakinan tersebut? Kenapa kita tidak cuba mencari sebab kebenaran tersebut? Bukankah orang-orang bukan Islam disuruh mencari hidayah? Mencari agama yang benar? Kenapa tidak kita sendiri mencari agama yang benar itu? Hakikatnya hari ini, rata-rata umat Islam ber'muslim' secara warisan. Natijahnya, keimanan yang wujud dalam hati adalah sesuatu yang diwarisi, bukan diimani.

6. Al-Qur'an pada banyak tempat mengajar kita untuk beriman berdasarkan hujah dan keyakinan yang mendalam. Al-Qur'an mengajar kita prinsip membuktikan kebenaran dan menegakkan hujah dalam mengangkat sesuatu kebenaran. Al-Qur'an menyebut:


" Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar." (2:111)



"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab: (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" (2:170)


" Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." (6:116)



7. Dengan itu kita melihat al-Qur'an menempelak pola keimanan yang sekadar ikut-ikutan dan mengikut sangkaan semata-mata. Jadi pola keimanan yang sama tidak wajar wujud pada seorang Muslim.




8. Jadi, apa yang diperlukan sebenarnya adalah satu bukti yang sebenar dari Tuhan bahawa agama yang didakwa itu adalah agama sebenar dari Tuhan. Setiap agama yang mendakwa agamanya paling benar perlu mengemukakan satu bukti DARI TUHAN bahawa agamanya adalah agama yang benar. Bukti tersebut hendaklah unik, tiada pada agama lain. Bukti tersebut hendaklah mampu untuk berdiri dengan sendiri. Bukti tersebut hendaklah tidak ada pada agama lain.


9. Maka bagi kita, kita semua sepakat, bahawa al-Qur'an merupakan bukti tersebut. Al-Qur'an lah mukjizat tersebut. Al-Qur'an merupakan THE ULTIMATE SIGN




10. Kupasan lanjut tentang al-Qur'an sebagai mukjizat agung merangkap sumber hidayah dari Allah akan dibuat dalam diskusi-diskusi ilmu akan datang, dengan izin Allah.


..........................................................................................................................................................................

Kami mohon maaf atas kelewatan meng'update' re-cap untuk diskusi ilmu yang lepas. Juga, kami mohon maaf kerana kami tidak dapat membuat sebarang rakaman ketika diskusi tersebut. Seperti yang saudara/i pengunjung mungkin ketahui, diskusi terbaru dalam siri ' Rozumit Deen ' telah pun berlangsung. Nantikan re-cap dan rakaman MP3 siri tersebut dalam masa terdekat inshaAllah. Terima kasih.

'Agar Dunia Menjadi Saksi Kelak Tiada Alasan Diberi'









Diskusi Ilmu: Qur'an The Signature of God


Sebuah lagi siri Diskusi Ilmu



Kami bawakan


v Rajské Zahradě

11. Prosince 2009

v Pátek

v 1800

info: ijoy_07@yahoo.co.uk

Winter Retreat beb!

Akan datang winter ini!!!

Nantikan kemunculannya!!!


click image untuk saiz besar

Antara Semalam dan Hari Ini

From Drop Box

Ayuh Bantu Nabilah Huda!!!

Assalamualaikum wbt.

Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukimia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini..

Kos pembedahan ialah sebanyak
RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


Sehubungan dengan itu, saya sedang berusaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau dari sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UK dan Ireland.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari(bapa) di talian +6013-3521226.


Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun

Maybank Zaim bin Shaari 162517025794

atau

Czech Republic Account
ACC Name: Ahmad Syahir Rajuddin

czech:000000-2130684083/0800

euro: 000000-1749226233/0800

Please enter statement as ‘Bantuan Nabilah Huda’



Republic of Ireland Bank Account

BANK NAME: AIB Bank, Baggot Street
ACC NAME: MOHD F TAHAR
(Mohd Ferdaus Tahar)
ACC NO: 19479023
SORT CODE: 93-10-12
Please enter statement as ‘
Bantuan Nabilah Huda

United Kingdom Bank Account

ACC NAME:MR MUHAMAD I B TAHIR
(Muhamad Iqbal Bin Tahir)

ACCOUNT NO: 76461560
SORT CODE: 77-74-01
Please enter statement as ‘Bantuan Nabilah Huda

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.


***

Testimoni

Salam,
Nabila Huda Zaim adalah anak jiran saya di Seremban. Belajar kuliah Syariah di Universiti Yarmuk, Irbid Jordan di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Beliau didapati mengidap Chronic Leukaemia di Jordan dan pengesahan serta rawatan lanjut di University malaya Medical Centre di Haematologi Onkologi. Rawatan awal sebanyak RM 30,000 telah ditanggung oleh ayahnya dan MAINS sendiri namun dia memerlukan rawatan lanjut dengan kos sebanyak RM 75,000 untuk urusan BMT. Ayahnya seorang supervisor di pusat rawatan Islam Az Zahra di Bangi.
Kes ni genuine kalau ingin membantu.....
Salam utk adik2 saya di Ireland
Assoc Prof Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
LRCP & SI (NUI), MBBCh, BAO (RCSI)
DRCOG (UK), MRCOG (UK), AM (Mal)
Head
Dept of Obstetric & Gynaecology
International Medical University
IMU Clinical School Seremban
Consultant Obstetrician & Gynaecologist
Hospital Tuanku Jaafar
Seremban
Negeri Sembilan


W salam alaikum

Saya mengenali Encik Zaim dan saya juga mengesahkan bahawa masalah yang beliau dan anak hadapi adalah benar. Bagaimana pun saya bersetuju dengan sauadara Kama bahawa dalam fundraising perlu ada tatacara dan etika yang tidak menimbulkan fitnah atau keraguan. Nasihat yang diberikan oleh Prof. Latiff perlu diberi perhatian.

Berbalik kepada persoalan asal, setakat ini, alhamdulillah RM 60k sudah dapat diperolehi oleh keluaga Nabilah. Mereka masih kekurangan 10k untuk BMT di PPUM. Dr. Zainurrashid dan kawan-kawan telah membantu raising lebihkurang 20k.

Terima kasih
--

Assoc. Prof. Dr. Burhanudin Busu, MB Bch BAO (Ireland), FRCS (Glasgow)
Clinical Phase Coordinator, FPSK, USIM
Pengetua Kolej Kediaman Pandan, USIM
Orthopaedic Surgeon, Ampang Hospital and Nilai Cancer Hospital
Tel : 019-2424788
http://www.usim. edu.my

MABIT v Praze


Qiyamullail dilakukan malam hari, yaitu di saat orang sedang tertidur. Hanya orang yang mempunyai keinginan kuat dan memahami hakikat keagungan qiyamullail saja yang mampu menegakkannya. Pada kondisi malam yang sepi, kegiatan menajamkan perasaan diri dan sarana muhasabahnya melalui qiyamullail akan sangat efektif. Tempaan seperti inilah yang dibutuhkan oleh para du’at sebagai perbekalan dalam mengarungi jalan da’wah yang panjang dan berat.

I. Fadhilah/Keutamaan Qiyamullail

Banyaknya ayat-ayat Al Qur’an dan hadits-hadits Nabi saw yang membicarakan tentang qiyamullail menunjukkan bahwa qiyamullail memiliki keutamaan yang agung sehingga memotivasi kita untuk melaksanaknnya. Beberapa keutamaan qiyamullail diantaranya :

1. Shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : telah bersabda Rasulullah saw,

Seutama-utama puasa setelah ramadhan ialah (puasa) di bulan Allah, Muharram, dan seutama-utama shalat setelah shalat wajib ialah shalat malam” (HR. Muslim, Abu Dawud, An Nasaa’i dan Ibnu Khuzaimah).

2. Mempertajam kepekaan hati

Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (QS. Al Muzzammil : 6)

3. Salah satu karakter pokok seorang mu’min

Sesungguhnya orang yang beriman kepada ayat ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.(QS. As Sajdah : 15-16)

Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka. (QS. Al Furqan : 63-64)

Dari Sahal bin Sa’ad ra, ia berkata : Jibril datang kepada Nabi saw seraya berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu maka sesungguhnya kamu pasti mati, dan berbuatlah sesukamu maka sesungguhnya kamu pasti dibalas, dan cintailah orang yang kamu suka maka sesungguhnya kamu pasti meninggalkannya. Dan ketahuilah bahwa kehormatan orang mu’min adalah qiyamullail dan kemuliaannya ialah ketidakbergantungnnya kepada manusia. (HR. Ath Thabrani, Sanadnya Hasan)

4. Padanya terdapat saat yang mustajab untuk berdo’a

Dari Jabir ra, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

Sesungguhnya di malam hari terdapat waktu (saat) yang tidaklah seorang muslim meminta (kepada) Allah kebaikan dari perkara dunia dan akhirat bertepatan dengan waktu tersebut, melainkan Allah swt memberinya, dan yang demikian itu adalah setiap malam. (HR. Muslim)

Abu Hurairah ra.berkata, bahwa Rasulullah saw bersabda :

Rabb kita Azza Wa Jalla tiap malam turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir, lalu Allah swt berfirman, Barangsiapa yang berdo’a kepada-Ku pasti Aku kabulkan. Barangsiapa yang memohon kepada-Ku pasti Aku beri dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni. (HR. Muslim)

5. Mengangkat derajat seorang mu’min

Dan pada sebahagian malam hari shalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Rabb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (QS. Al Isra : 79)

6. Allah swt akan memasukkan orang yang senantiasa qiyamullail ke dalam syurga-Nya

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan, bahkan dahulu mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar. (QS. Adz Dzaariyaat : 15-18)

Dari Abdullah bin Sallam ra, ia berkata : Ketika pertama kali Rasulullah saw datang ke Madinah, orang-orang bersegera menyongsongnya, maka aku termasuk diantara orang yang menyongsongnya. Ketika aku amati wajahnya dan aku memperjelasnya, maka aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pendusta. Ia (Abdullah bin Sallam) berkata : Hal yang pertama kali aku dengar dari sabdanya bahwa beliau saw bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, berilah makan, sambung shilaturahim dan shalatlah di waktu malam saat manusia tidur, niscaya kalian akan masuk syurga dengan selamat. (HR. Tirmidzi, Ibnu majah, dan Al Hakim)

Dari Abdullah bin Amr ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : “Di dalam syurga terdapat sebuah kamar yang luarnya dapat dilihat dari dalamnya dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luarnya”. Lalu Abu Malik Al Asy’ari bertanya, “untuk siapa kamar itu Ya Rasulullah?”. Rasulullah saw menjawab : “Bagi orang yang membaguskan pembicaraan (maksudnya pembicaraan bermanfaat dan memberi kebaikan), memberi makan dan melalui malam dengan berdiri (shalat malam) pada saat orang tidur. (HR. At Thabrani, dan Al Hakim)

7. Kebiasaan para shalihin, sarana taqorrub ilallah, penghapus keburukan dan pencegah dosa.

Dari Abu Umamah Al Bahili ra. dari Rasulullah saw, beliau bersabda : “Lakukanlah qiyamullail karena sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, pendekatan kepada Rabb kalian, penghapus berbagai keburukan dan pencegah dosa” (HR. At Tirmdzi, Ibnu Abid Dunya, Ibnu Khuzaimah, Al Hakim). Hadist Hasan menurut Syaikh Nashiruddin Al Albani

8. Dijauhkan dari kemalasan dan menjadikan jiwa menjadi baik

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda : Syetan mengikat 3 buhul di bagian belakang kepala salah seorang di antara kalian (apabila ia tidur), seraya memukul pada tiap buhul; “malam panjang bagimu, tidurlah”. Jika ia bangun kemudian berdzikir kepada Allah swt maka lepaslah satu buhul. Jika ia berwudhu maka lepaslah satu buhul lagi. Dan jika ia shalat maka lepaslah semua buhulnya sehingga pada pagi harinya menjadi gesit dan baik jiwanya. Dan jika tidak (melaksanakan hal tersebut) maka pada pagi harinya ia menjadi buruk jiwanya dan malas (HR. Malik, Bukhari, Muslim, Abu dawud, An Nasaa’i, dan Ibnu Majah)

9. Ciri hamba yang bersyukur

Dari Aisyah ra bahwa Rasulullah saw bangun shalat malam hingga kedua kakinya bengkak, lalu aku bertanya kepada beliau : “Mengapa engkau lakukan hal ini padahal dosamu yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni “?. Nabi saw menjawab : “Tidakkah aku (pantas) menjadi hamba yang banyak bersyukur?”. (HR. Bukhari dan Muslim)

10. Dirahmati Allah swt

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw, “Allah swt merahmati seorang lelaki yang bangun malam kemudian shalat dan membangunkan istrinya. Jika (istrinya) enggan maka ia memercikan air di wajahnya. Dan Allah swt merahmati seorang wanita yang bangun malam kemudian shalat dan membangunkan suaminya. Jika (suaminya) enggan maka ia memercikkan air di wajahnya”. (HR. Abu Dawud, An Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim). Menurut Syaikh Nashiruddin Al Albani Hadits ini Hasan)

11. Digolongkan sebagai ahli dzikir

Dari Abu Hurairah ra dan Abu Sa’id ra, keduanya berkata, telah bersabda Rasulullah saw : Apabila seorang lelaki membangunkan istrinya di malam hari kemudian keduanya shalat (atau ia shalat) dua rakaat berjama’ah, maka keduanya ditulis di kalangan orang-orang lelaki dan wanita yang berdzikir”. (HR. Abu Dawud, An Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

12. Diumpamakan shodaqoh secara rahasia

Dari Abdullah ra, ia berkata : Telah bersabda Rasullah saw, “Keutamaan shalat malam atas shalat siang seperti keutamaan shadaqah secara rahasia atas shadaqah secara terang-terangan (HR. Ath Thabrani dengan Sanad Hasan)

13. Dibanggakan oleh Allah Azza Wa Jalla

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi saw, beliau bersabda : “Rabb kita kagum kepada dua orang – salah satunya – orang yang bangkit dari hamparan dan kemulnya di antara keluarga dan kekasihnya (menuju) kepada shalatnya, maka Allah Azza Wa Jalla berfirman (kepada para malaikat-Nya) : “Lihatlah hamba-Ku, ia bangkit dari kasur dan gelarannya diantara kekasih dan keluarganya (menuju) kepada shalatnya karena mengharapkan apa yang ada di sisi-Ku dan takut dari apa yang ada di sisi-Ku” (HR. Ahmad, Abu Ya’la, Ath Thabrani dan Ibnu Hibban)

Memahami betapa besar fadhail qiyamullail, maka sangat wajarlah kalau seorang mu’min senantiasa menegakkannya dan sangat tidak layak jika seorang mu’min apalagi para da’i mengabaikan qiyamullail ini, walau dengan alasan apapun. Apalagi qudwah kita, Rasullah saw tidak pernah meninggalkan qiyamullail selama hidupnya.

Dari Abdullah bin Abi Qais ra, ia berkata, Aisyah ra berkata : “Jangan engkau tinggalkan qiyamullail karena Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya. Apabila beliau sakit atau sedang malas maka beliau melakukan qiyamullail sambil duduk”. (HR. Abu Dawud, dan Ibnu Khuzaimah).

Betapa sungguh malu kita saat kelak dihisab Allah swt, bahwa kita yang mengaku “AR RASUL QUDWATUNA” tetapi menegakkan “satu sunnahnya saja” kita masih sering lalai. Baik alasannya sibuk (apakah kita lebih sibuk dibanding Rasul saw dan para shahabatnya?), ataupun kecapean (Bukankah Rasul saw dan para shahabatnya jauh lebih capek dibanding kita?). Semoga Allah swt mengampuni kita semua.


copy and pasted from here

Diskusi Ilmu: Benarkah Imanku?


Nantikan Kemunculannya

Praha - Hradec Kralove - Olomouc

Dakwah dan Fitnahnya

Bagaimanakah untuk berdakwah dengan baik? Itulah persoalan yang sering berlegar dalam kotak pemikiran semua da’ie. Mana tidaknya, kadang-kadang apa sahaja yang dilakukan tidak menjadi mengundang kepada rasa putus asa dan kecewa. Tambah menyedihkan lagi, ada yang menarik diri dari terus berdakwah kerana merasakan apa yang dilakukan sia-sia disebabkan tidak membawa kejayaan. Mungkin mereka terlupa bahawa hanya Allah yang mampu memberi hidayah bukan kita yang merupakan hambanya yang lemah.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).

Al-Qasas(28):56

Berbalik semula kepada persoalan mengenai amal dakwah yang muntij, sebenarnya caranya telah diberi oleh Allah kepada kita dalam surah An-Nahl ayat ke-125.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Sebanyak 3 ‘guidelines’ yang boleh didapati di dalam ayat tersebut

1. Menyeru manusia dengan hikmah

2. Menyeru dengan pengajaran yang baik

3. Berdebat dengan cara yang baik

Menyeru dengan hikmah.

Apakah itu hikmah? Hikmah atau dalam bahasa inggeris, ‘wisdom’ adalah berilmu dan mampu menggunakan ilmu tersebut dengan pertimbangan yang betul.

Jadi untuk berdakwah dengan muntij, adalah amat penting bagi seorang da’ie untuk memiliki ilmu dan mampu untuk mengaplikasi, mengolah dan menggunakannya dengan baik pada waktu dan keadaan yang sesuai. Dalam erti kata yang lain, kita perlu bijak dan kreatif.

Contohnya dapat kita lihat melalui kisah Nabi Ibrahim A.S dimana baginda telah memecahkan semua kecuali satu berhala yang disembah kaumnya semasa mereka keluar dari bandar mereka. Setelah mengetahui tentang perkara yang berlaku, kaum nabi Ibrahim menyoal baginda mengenai kejadian itu. Lalu baginda menyuruh mereka menanyakan persoalan itu kepada berhala yang masih tinggal. Ini telah menyedarkan kaumnya tentang kepalsuan kepercayaan mereka namun sifat akur telah menyebabkan mereka masih tidak mahu mengakui kesalahan mereka itu.

Menyeru dengan pengajaran yang baik

Para da’ie juga harus menunjukan contoh, perwatakan dan peribadi yang baik dan mulia. Ini dapat meningkatkan kepercayaan dan rasa hormat orang lain terhadap diri kita seterusnya akan memudahkan usaha dakwah kita inshaAllah. Elakkan berkompromi mengenai apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam kerana ini dapat membawa fitnah bukan sahaja kepada diri kita bahkan Islam sendiri. Janganlah kerana ingin membela kesalahan kita atau memenangi hati segolongan insan, kita sanggup mengiakan apa yang salah disisi agama lalu mengadai maruah agama dan para pendakwah lain. Kita perlu ingat bahawasanya apa sahaja yang kita lakukan akan memberi impak kepada Islam kerana selaku pendakwah, kita merupakan pendokong testimoni agama di dalam masyarakat. Busuk kita, busuklah agama!

Berdebat dengan cara yang baik.

Ini adalah sangat penting memandangkan kebelakangan ini, maruah agama kerap tercemar. Kita perlu mengelakan emosi menguasai diri kerana ia akan mengundang keburukan. Sebarang persoalan, salah faham dan pandangan yang salah mengenai agama tidak kiralah samada ia dari seorang muslim atau non-muslim hendaklah didampingi secara berhemah, bijak, dengan alasan yang tepat dan lemah-lembut seperti arahan Allah kepada nabi Musa dalam surah Taha(20) ayat ke-44.

Elakkan mencerca mana-mana pihak atau agama kerana sesungguhnya mereka juga akan melakukan perkara yang sama dan ini akan menjatuhkan maruah diri dan agama.

Realiti masa kini

Sangat menyedihkan apabila kita melihat keadaan masyarakat Islam pada masa kini. Islam dikaitkan dengan pelbagai fitnah yakni kemunduran, kemiskinan, keganasan, masalah sosial dan lain-lain lagi. Bagi yang bukan beragama islam mereka beraggapan semua ini berlaku disebabkan agama Islam itu sendiri namun bagi kita yang beragama Islam mahu atau tidak kita perlu tahu dan menerima bahawa fitnah yang melanda ini berpunca dari umat islam sendiri. Selagi kita tidak membaiki umat ini dari dalam, selagi itu kita akan sukar untuk berdakwah kepada yang tidak beragama Islam.

‘Tiada siapa yang akan membeli kereta berjenama A kerana mereka mendengar khabar tentang keburukan kereta jenama A dan kerap melihatnya tersadai ditepi-tepi jalan raya dan lebuh raya kerana rosak atau menghadapi kemalangan. Tanpa mereka sedari sebenarnya pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kereta berjenama A adalah mereka yang tidak tahu memandu, tidak memiliki lesen memandu ataupun mungkin mereka yang tidak tahu bahawa kereta memerlukan petrol untuk berfungsi.’

Pengalaman saya di Mesir juga menceritakan masalah yang sama dalam umat Islam. Negara yang besar dan kaya dengan sumber ekonomi seperti petroleum dan pusat-pusat tarikan pelancong itu sepatutnya maju dan nasib rakyatnya terbela. Namun apa yang dapat saya perhatikan adalah yang sebaliknya. Daripada hospital hinggakan ke lorong-lorong jalan, kebanyakannya kotor penuh dengan sampah sarap langsung tidak melambangkan identiti sebuah Negara Islam. Kemiskinan bukan merupakan perkara yang ganjil disana tetapi adalah sesuatu yang biasa. Masjid tidak dinafikan berselerakan di merata-rata tetapi jemaah yang bersolat di dalamnya adalah disebaliknya. Bukan ingin menceritakan keburukan mana-mana pihak tapi cuma ingin mengambarkan realitinya.Di Malaysia dan Eropah pula, masalah sosial membelenggu umat islam. Kita dikaitkan dengan pelbagai keburukan seperti maksiat, rempit, dadah, arak dan lain-lain. Bagaimana kita ingin mengajak orang lain menerima Islam dan mengikut syriatnya, padahal umat islam sendiri melanggarnya.

Disinilah para da’ie memainkan peranan. Keperluan berdakwah dan membetulkan umat dari akar umbi masyarakat adalah sangat penting jika kita ingin melihat Islam menjadi ‘mainstream’ dunia semasa seperti beberapa ratus tahun yang lalu. Tidak dinafikan kita mungkin masih jauh dari destinasi yang kita impikan, namun janganlah berputus asa kerana sesungguhnya kejayaan agama ini telah Allah janjikan. Kita cuma perlu bekerja dan berusaha berdakwah disamping bertawakkal kepada Allah. Barang siapa yang menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya inshaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Muhammad(47):7