Tarikh nak fly dah dekat. Sekarang ni mesti ramai tengah sibuk-sibuk beli barang-barang nak bawak ke Czech nanti. Tambah dengan preparation teknikal yang leceh. Tu tak masuk lagi dengan persediaan sambut raya. Yang paling sayu, kadang-kadang tak dapat fokus amalan bulan Ramadhan ni.

So, kami nak ambik inisiatif untuk tolong korang buat preparation untuk fly. Kot-kot boleh membantu sedikit sebanyak.

Dokumen-dokumen yang perlu korang bawak:
1.)Semua dokumen yang Best-Ed bagi
2.)Sijil lahir
3.)Passport+Visa
4.)Medical report
5.)Yang lain-lain buleh tanya Best-Ed

Barang-barang yang korang kena bawak di tangan masa fly:
1.)Passport+Visa
2.)Boarding pass (tiket kapal terbang)


Check-in Luggage

1.)Masa fly nanti korang boleh bawak satu je beg besar (check-in luggage) bersaiz 30-32. Kalau boleh cari yang beroda untuk mudah bergerak.
2.)Belilah beg yang mahal dan berkualiti sebab akan diguna banyak kali+akan digunakan dengan ekstrim.
3.)Kunci beg korang. Guna lah ape-ape kunci asalkan tak boleh bukak.
4.)Tuliskan alamat kat beg korang (alamat universiti/hostel).
5.)Letakkan tanda yang senang nampak supaya nanti senang nak cari masa kat airport Prague.
6.)Korang boleh muatkan 20kg (rasanya, sila rujuk MAS) untuk check-in luggage. Biasanya MAS akan bagi chance kalau terlebih 2-3kg. So, tak perlu strict sangat.
7.)Barang-barang yang korang boleh letak dalam check-in luggage:
-Semua barang makanan
-Pakaian
-Cecair (boleh lebih dari 100ml)
-Buku yang berat-berat
-Dan lain-lain yang korang terpikir
8.)Elakkan letak barang elektronik yang korang sayang (kecuali rice cooker) sebab dikhuatiri rosak. Beg tu diorang akan main campak-campak je kadang-kadang. Tapi rice cooker tu memang tak boleh buat apa, kena letak jugak tapi pastikan ada 'shock absorber'.
9.)Elakkan jugak letak barang-barang mudah pecah atau botol-botol bercecair.
10.)Check-in luggage ni akan terus direct ke Prague, so korang tak payah bawak masa transit flight. Di airport Prague nanti ada bas akan datang ambik dan bawak korang terus ke hostel.




Hand luggage

1.)Korang jugak akan dibenarkan bawak seberapa banyak beg yang boleh dipegang masa nak naik atas flight. Ia disebut hand luggage. Hand luggage ni macam beg beroda yang kecil (lihat ukuran), ruck sack, beg laptop, gitar, rakcet etc. Biasanya MAS akan benarkan bawak sebanyak mana yang korang mampu. Persoalannya mampu carry atau tak je.
2.)Ada orang prefer beg beroda sebab senang tarik tapi kalau ada 2 beg beroda (check-in + hand luggage) susah jugak nak bawak. So, solution die, bawak ruck sack yang besar - sama capacity dengan beg beroda. Maksimum 75l. Tapi kalau nak bawak beg beroda tu takde masalah. Terpulang.
3.)So, untuk seorang manusia normal korang akan ada 1 check-in luggage, 1 beg beroda kecil/ruck sack 75l dan 1 beg laptop. Barang-barang lain terpulang kepada kemampuan korang untuk angkat.
4.)Dalam hand luggage, korang letak barang-barang yang korang nak jaga personally supaya tak rosak macam dokumen-dokumen, travellers cheque, barang elektronik, kuih raya etc.
5.)Dalam semua hand luggage korang tak boleh bawak benda-benda tajam, cecair lebih dari 100ml. Kalau security detect diorang akan buang.
6.)Takde berat maksimum untuk hand luggage. Asalkan mampu angkat.

Apa yang perlu bawak + apa yang tak perlu bawak?
Ramai orang buat silap masa awal-awal fly sebab bawak banyak barang-barang tak berguna. So, rugi space luggage. Kat sini ada sikit list, mungkin boleh membantu.

Barang yang PERLU dibawa:
1.)Dokumen perjalanan
2.)Pakaian harian yang ala kadar termasuk sweater-tak payah banyak-banyak sebab boleh beli kat Czech
3.)Kasut snicker biasa + kasut kulit (sepasang setiap satu)
4.)Blazer (guna masa exam)
5.)Pakaian tradisional, kain pelekat (kalau pakai)
6.)Laptop
7.)Ubat-ubat korang yang berkenaan (beserta preskripsi doktor)
8.)Stationaries (kat sini ada jual tapi tak best sangat!)
9.)Buku-buku medic. BELI KAT MALAYSIA sebab kat sini mahal! List click kat sini.
10.)Tudung dan brooch yang cukup untuk sisters
11.)Rice cooker (share dengan member)
12.)Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, serbuk cili Baba's, serunding, kuih raya, belacan, perencah-perencah, mee segera - semuanya kalau boleh sebanyak mungkin
13.)Universal adaptor - minimum 2
14.)Wire extension
15.)Scientific calculator/GDC - guna untuk subjek Biophysics

Universal adaptor
Universal adaptor jugak. Pilih la mane satu nak bawak. Yang penting dia ada 2 pin + 1 lubang.
Tak lupa jugak extension wire cam kat bawah ni.

Perencah yang best-best sile lah bawak.


Barang yang TAK PERLU dibawa:
1.)Winter coat, jacket - by the time korang sampai takde snow pon + tak sejuk sangat, beli je kat Czech lagi murah
2.)Winter boot - tak guna sangat, kalau nak beli jugak, beli kat Czech
3.)Toiletries yang melampau banyak - semua ada jual kat Czech
4.)Duvet, cadar, bantal, sarung - nanti dapat free kat hostel
5.)Beras, ikan sardin, makanan-makanan dalam tin, makanan-makanan basah
6.)Perkakas dapur cam pinggan, mangkuk, cawan, lesung batu - jangan bawak!
7.)Long johns - mostly memang orang tak pakai

Kat sini ade posting lain yang agak bergune untuk korang baca. Sile le klik!

Tu je la kot benda-benda yang berkenaan. Kalau ada persoalan yang bermain di fikiran, jangan segan-segan contact:

Bro Ijoy
YM/email: ijoy_07@yahoo.co.uk
SMS: +420775377891 (jangan lupa masukkan skali tanda [+], kalau tak mesej tak sampai)