From RAJSKE ZAHRADY |
1. Kita semua sedar, manifestasi keinginan setiap insan untuk beragama adalah fitrah azali yang wujud dalam sanubari setiap manusia. Namun, hasil dari manifestasi ini, kita mendapati pelbagai agama telah wujud. Setiap agama mengakui bahawa, agama merekalah yang paling benar dan tepat dari Tuhan.
2. Persoalan sekarang, kenapa kita Muslim? Kenapa kita menganut agama Islam? Kenapa kita menganggap agama Islamlah agama yang paling benar di sisi Allah? Apa hujah kita apabila berdepan dengan rakan-rakan kita yang non-Muslim? Mereka juga merasakan agama merekalah agama yang paling benar.
3. Rata-rata, bila ditanya kenapa kamu memilih mengikut sesuatu agama, alasan / hujah yang akan dikemukakan adalah sama, antaranya:
4. Alasan-alasan di atas adalah alasan tipikal yang diberi oleh setiap manusia dalam kerangka mereka mengakui kebenaran agama mereka. Namun persoalan timbul, adakah itu alasan yang kukuh dan standard? Adakah ia mencukupi untuk penegakkan hujah tentang kebenaran sesuatu agama?
5. Tanpa disyaki, kita semua sebagai umat Islam, sememangnya yakin tentang kebenaran agama kita. Namun, apakah sandaran kita terhadap keyakinan tersebut? Kenapa kita tidak cuba mencari sebab kebenaran tersebut? Bukankah orang-orang bukan Islam disuruh mencari hidayah? Mencari agama yang benar? Kenapa tidak kita sendiri mencari agama yang benar itu? Hakikatnya hari ini, rata-rata umat Islam ber'muslim' secara warisan. Natijahnya, keimanan yang wujud dalam hati adalah sesuatu yang diwarisi, bukan diimani.
6. Al-Qur'an pada banyak tempat mengajar kita untuk beriman berdasarkan hujah dan keyakinan yang mendalam. Al-Qur'an mengajar kita prinsip membuktikan kebenaran dan menegakkan hujah dalam mengangkat sesuatu kebenaran. Al-Qur'an menyebut:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab: (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" (2:170)
" Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." (6:116)
7. Dengan itu kita melihat al-Qur'an menempelak pola keimanan yang sekadar ikut-ikutan dan mengikut sangkaan semata-mata. Jadi pola keimanan yang sama tidak wajar wujud pada seorang Muslim.
8. Jadi, apa yang diperlukan sebenarnya adalah satu bukti yang sebenar dari Tuhan bahawa agama yang didakwa itu adalah agama sebenar dari Tuhan. Setiap agama yang mendakwa agamanya paling benar perlu mengemukakan satu bukti DARI TUHAN bahawa agamanya adalah agama yang benar. Bukti tersebut hendaklah unik, tiada pada agama lain. Bukti tersebut hendaklah mampu untuk berdiri dengan sendiri. Bukti tersebut hendaklah tidak ada pada agama lain.
9. Maka bagi kita, kita semua sepakat, bahawa al-Qur'an merupakan bukti tersebut. Al-Qur'an lah mukjizat tersebut. Al-Qur'an merupakan THE ULTIMATE SIGN
10. Kupasan lanjut tentang al-Qur'an sebagai mukjizat agung merangkap sumber hidayah dari Allah akan dibuat dalam diskusi-diskusi ilmu akan datang, dengan izin Allah.
..........................................................................................................................................................................
Kami mohon maaf atas kelewatan meng'update' re-cap untuk diskusi ilmu yang lepas. Juga, kami mohon maaf kerana kami tidak dapat membuat sebarang rakaman ketika diskusi tersebut. Seperti yang saudara/i pengunjung mungkin ketahui, diskusi terbaru dalam siri ' Rozumit Deen ' telah pun berlangsung. Nantikan re-cap dan rakaman MP3 siri tersebut dalam masa terdekat inshaAllah. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt.
Saudara seiman dan seakidah sekalian,
Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),
Saudari Nabilah Huda binti Zaim
telah disahkan menghidap Leukimia tahap kronik dan
memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini..
Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)
dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Sehubungan dengan itu, saya sedang berusaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau dari sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UK dan Ireland.
Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan
Saudara Zaim Bin Shaari(bapa) di talian +6013-3521226.
Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun
Maybank Zaim bin Shaari 162517025794
atau
czech:000000-2130684083/0800
Please enter statement as ‘Bantuan Nabilah Huda’
Republic of Ireland Bank Account
BANK NAME: AIB Bank, Baggot Street
ACC NAME: MOHD F TAHAR
(Mohd Ferdaus Tahar)
ACC NO: 19479023
SORT CODE: 93-10-12
Please enter statement as ‘Bantuan Nabilah Huda’
United Kingdom Bank Account
(Muhamad Iqbal Bin Tahir)
ACCOUNT NO: 76461560
SORT CODE: 77-74-01
Please enter statement as ‘Bantuan Nabilah Huda’
Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.
Saya mengenali Encik Zaim dan saya juga mengesahkan bahawa masalah yang beliau dan anak hadapi adalah benar. Bagaimana pun saya bersetuju dengan sauadara Kama bahawa dalam fundraising perlu ada tatacara dan etika yang tidak menimbulkan fitnah atau keraguan. Nasihat yang diberikan oleh Prof. Latiff perlu diberi perhatian.
Berbalik kepada persoalan asal, setakat ini, alhamdulillah RM 60k sudah dapat diperolehi oleh keluaga Nabilah. Mereka masih kekurangan 10k untuk BMT di PPUM. Dr. Zainurrashid dan kawan-kawan telah membantu raising lebihkurang 20k.
Terima kasih
--
Assoc. Prof. Dr. Burhanudin Busu, MB Bch BAO (Ireland), FRCS (Glasgow)
Clinical Phase Coordinator, FPSK, USIM
Pengetua Kolej Kediaman Pandan, USIM
Orthopaedic Surgeon, Ampang Hospital and Nilai Cancer Hospital
Tel : 019-2424788
http://www.usim. edu.my