Bismillah.

Zikir adalah amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullaah s.a.w.
Diriwayatkan oleh A'ishah r.a. dalam Sahih Bukhari, "Rasulullaah s.a.w. tidak pernah berhenti berzikir pada setiap waktu."

Allah menyebut dalam beberapa ayat dalam al-Qur'an:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
Surah Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
Surah Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Surah Al Imran Ayat 191


Zikir yang paling mulia sudah tentulah zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullaah s.a.w.

Sepertimana firman Allah lagi:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”
Surah Al Ahzab Ayat 21

Kami ingin membantu anda mengamalkan sunnah Rasulullaah s.a.w. dengan cara yang terbaik.

Anda mungkin tercari-cari buku kompilasi zikir-zikir dan doa-doa SAHIH yang diajarkan oleh Rasulullaah s.a.w. untuk diamalkan sehari-harian.

Kami ada menyediakan buku kompilasi yang anda cari.

Hisnul Muslim





Sebuah buku kecil yang mengandungi zikir-zikir dan doa-doa daripada al-Qur'an dan Hadith yang sahih.

Ringan, bersaiz poket, mudah dibawa ke mana sahaja.


Hisnul Muslim ini adalah dalam bahasa Indonesia.


Anda mampu memilikinya.

Hanya 100 Kc.


Sila hubungi wakil kami di lokaliti anda:

Yaqzan
(Praha)
+420776207926

Ijoy
(Hradec Kralove)
+420775377891

Najmi
(Olomouc)
+420608244527