Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?
Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Imam Nawawi mengatakan bahawa maksud 'menghalalkan perkara yang halal' adalah melakukan perkara-perkara tersebut dengan yakin bahawa ia dibenarkan manakala maksud 'mengharamkan perkara yang haram' adalah untuk mengelak segala perkara yang dilarang Allah.
Ibnu Rejab pula berpendapat :
'menghalalkan perkara yang halal' – mempercayai bahawa ia dibenarkan; 'mengharamkan perkara yang haram' – mempercayai ia dilarang dan mengelaknya
'menghalalkan perkara yang halal' dengan melakukannya. Halal disini meliputi perkara-perkara wajib, mustahab( yang digalakan) dan mubah ( perkara yang dibenarkan)
So tidak timbul disini isu dimana seseorang ingin menafikan tanggungjawabnya untuk berdakwah kerana seruan dakwah adalah wajib bagi kita sepertimana dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya samalah juga maksudnya dengan kita tak menghalalkan perkara yang dihalalkan.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. 16:125
Mengapa ibadat Haji dan Zakat tidak diperkatakan dalam hadis ini?
Ini adalah kerana semasa persoalan ini dikemukakan, belum turun syariat mewajibkan kedua-dua ibadah tersebut. Jadi untuk mengunakan hadis ini dalam konteks masa kini, kedua-dua ibadah tersebut perlu disertakan juga.
Ada beberapa pendapat tantang bila ibadah Haji diwajibkan. Antaranya pada tahun ke-5, ke-6, ke-9 dan ke-10. Namun pendapat yang dua yang terakhir adalah yang paling dipersetujui.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Yang bertanya ialah :
Nu'man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.
Sahabat yang menyertai perang Badar telah Allah janjikan diampunkan segala dosanya. Tapi mereka masih merasakan itu tidak cukup hingga muncul soalan-soalan seperti ini. Mereka merasakan apa yang mereka ada tidak memadai dan mereka perlu berusaha lebih.
2) Hadis ini menunjukan bahawa sesiapa yang memenuhi perkara-perkara yang diperintahkan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara haram akan mendapat syurga.
Kenapa?
Jika kita lihat ibadah solat itu sendiri, ia juga berfungsi menjauhkan manusia dari perkara-perkara haram.
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Al-Ankabut (29):45
Sebuah cerita dari Rihadhus Solihin :
Ada seorang Imam masjid yang mempunyai seorang isteri yang cantik. Pada suatu hari wanita ini telah ke pasar dan secara kebetulan angin bertiup dengan kuatnya lalu menyebabkan hijabnya terbuka. Sorang lelaki yang kebetulan berada berdekatan ternampak kecantikan wanita ini lalu ingin memiliki wanita ini. Lelaki ini mengekori wanita ini sampai ke rumahnya. Kemudian lelaki ini kerap mengikut wanita ini, cuba berbicara dengannya dan cuba mengoda wanita ini setiap kali dia keluar dari rumahnya. Wanita ini yang takutkan azab Allah mengambil keputusan untuk memberitahu suaminya tentang apa yang berlaku. Suaminya kemudian meminta isterinay itu berjumpa dengan lelaki yang berkeinginkan diri isterinya itu dan berkata " Kau boleh lakukan apa sahaja kepada ku dengan satu syarat. Kau mesti mengikuti suamiku bersolat selama 40 hari dahulu". "Ini adalah perkara yang mudah! Baiklah."kata lelaki itu. Namun setelah 40 hari melakukan perkara ini, apabila lelaki ini melihat isteri imam yang dia ingin itu, dia segera menundukan pandangan dan memalingkan wajah kerana sedar akan kesilapan dirinya.
- Fungsi solat menjauhkan diri dari kemungkaran.
3) Hadis ini juga menekankan tentang keberserahan kepada Allah dan perintahnya iaitu dengan meneriama apa yang diperintah dan menolak apa yang dilarang tanpa apa-apa kompromi.
4) Tetapi syurga tidak akan diperoleh dengan hanya melakukan semua perkara wajib dengan membuta-tuli, tetapi perlu disertakan dengan kepercayaan, keikhlasan, kefahaman dan kekushyukan.
Barulah segala ibadah itu diambil kira dan dapat memainkan peranan menjauhkan kita dari kemungkaran.
Contoh : Berpuasa kerana ingin kurus, bersolat kerana tidak mahu di peril dan untuk menutup malu,
Bersolat kerana ingin menunjuk-nunjuk
5) Hadis ini juga menekankan bahawa ibadah sunnah bukan criteria utama untuk memdapat syurga namun yang lebih penting adalah mengutamakan ibadah wajib dan dengan cara yang betul. Walaubagaimanapun, kita patut dan perlu melakukan ibadah sunnah apabila ada masa dan apabila berkemampuan. Ibadah sunnah dapat lebih mendekatkan kita dengan Allah dan memenuhi segala kekurangan kita dalam ibadah wajib.
6) Kita juga dapat melihat hubungan antara murabbi-RASULULLAH dan mutarabbi- Nu'man di dalam hadis ini :
Seorang murabbi perlu mangambil kira latar belakang mutarabbi nya sebelum menjawab apa-apa soalan kerana kita perlu mendampingi setiap orang dengan cara yang berlainan berdasarkan latar belakangnya. Mungkin seseorang itu datang dari tempat yang berlaina dari murabi itu dan jawapan perlu disesuaikan.
Contohnya jika seorang musaffir bertanya tentang wajibnya puasa ramadhan. Jika kita tidak mengetahui bahawa dia bermusaffir mungkin kita hanya akan memberi satu jawapan sahaja bahawa ianya wajib tanpa menerangkan tentang kelonggaran yang Allah berikan pada yang bermusaffir.
Jika tidak tahu akan latarbelakang orang itu, kita perlu menyelidik dan menguasai soalan yang diberi itu dengan sebaik mungkin sebelum menjawab. Kita juga perlu menjawab dengan memberi banyak alternatif untuk jawapan itu sendiri supaya ada diantara jawapan itu yang sesuai dengan situasi penyoal.
Seseorang tidak sepatutnya terlampau membebankan saudara seagama yang mungkin baru memeluk Islam dengan amalan-amalan sunnah. Kita perlu memberikan penekanan tentang amalan wajib terlebih dahulu supaya mereka ini tidak merasa terbeban dan mungkin akan membantutkan minat mereka terhadap Islam. Segalanya perlu dilakukan secara berperingkat dan mengutamakan amalan wajib terlebih dahulu.
7) Hadis ini juga menunjukan Islam adalah agama yang mudah. Dengan hanya melakukan ibadah yang wajib sudah memadai untuk memperoleh syurga dengan syarat ia dilakukan dengan niat yang betul.
8) Disini juga kita dapat lihat akan suasana pentarbiahan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Mereka cukup gemar bertanya tentang apa sahaja kepada Rasulullah dan Rasulullah pula akan menjawab dengan cara dan jawapan yang terbaik dan mudah difahami. Suasana pentarbiahan dari seorang naqib dan mad'u juga perlu mencontohi situasi ini supaya proses ini berlaku dengan efisien dan berkesan.
WA
Talk by Humza Yusuf on the 40 Hadith
Penghargaan juga kepada Naqib RajskeZahrady - Ateeq
By : RajeevSham
1 comments:
jazakallah rajeev...
ateeq suro present time usrah ni
aku cilok la ek post nih hehe
terbaik gak point2 ko....:D
Hijaz Ridzwan
Dublin
Post a Comment