Hradec Kralove, 25 Jun - Muhammad Hamzah Farouq bin Shiraaj telah selamat dilahirkan di Porodnická a Gynekologická Klinika, Fakultní Nemocnice pada jam 8.34 malam waktu tempatan. Anak Malaysia pertama yang dilahirkan di bumi Hradec Kralove ini telah menjadi buah mulut masyarakat pada masa ini sekaligus menenggelamkan berita mengenai Micheal Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel Jackson.

Rata-rata masyarakat Muslim di Hradec Kralove dan para pelajar perubatan di Lekarska Fakulta menyambut girang kelahiran Muhammad Hamzah Farouq. Beberapa kenalan rapat kepada bapa bayi ini yang ditemubual melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam komuniti Muslim di bumi Czech Republic ini.

Rajeev Shams, rakan susrah Shiraaj berulang kali menyatakan kegembiraan beliau dengan kelahiran Muhammad Hamzah Farouq. Tambah beliau lagi, bayi ini menyerupai spesisnya yang selama ini jarang ditemui di Malaysia.

Muhammad Hamza Noor, seorang lagi sahabat kepada Shiraaj juga melahirkan kegembiraannya yang tidak terhingga. Kata beliau lagi sambil mengusap-usap janggutnya, nama bayi comel ini hampir sama dengan namanya walaupun ia bukan diambil sempena nama beliau.

Kaum wanita yang terkenal dengan sifat 'suka dengan babies' juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan dengan kelahiran mujahid muda ini. Ada di antara mereka yang sudah mula memikirkan nama gelaran untuk diri masing-masing. Mereka dilaporkan masih memilih nama-nama gelaran. Antara nama-nama yang popular di kalangan masyarakat Melayu adalah Mak Long, Mak Su, Mak Teh dan Mak Lampir.

Pada 2 Julai 2009 iaitu pada hari Khamis akan diadakan jamuan aqiqah bersama komuniti Muslim di Medium, Hradec Kralove bermula jam 7 petang sebagai mengamalkan amalan sunnah kelahiran anak. Semua komuniti Muslim di Hradec Kralove dijemput hadir.

Di bawah ini dikongsikan beberapa gambar Muhammad Hamzah Farouq selepas baru dilahirkan. Selamat melihat.

Dilaporkan oleh,
Azizul Salehudin


Muhammad Hamzah Farouq, hari pertama



Posted by Picasa

Kepada Shiraaj dan Aini,

"BarakAllahu laka filMawhoobi laka, wa shakartal Waahib, wa balaghal Ashooddahu, wa ruziqta birrahu"
(Semoga Allah memberkatimu dengan kurniaanya, dan semoga kamu bersyukur, dan semoga anakmu ini membesar, dan semoga kamu dikurniakan kebaikan)
An-Nawawi, Kitdbul-'Athkarp. 349, and Sahihul-'Athkar2/7l3 by Saleem Al-Hilali.