Gadis Berniqab (Siri 1)

Oleh: Abu Hanzhalah


Cerpen ini adalah rekaan sahabat saya Mohd Masri bin Mohd Ramli yang dipetik dari blog peribadinya http://the-authenthic.blogspot.com


.....................................................................................


Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” Monolog Humaira sendirian di dalam hati.


“Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara.


Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilang. Humaira terdiam seketika.


“Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.


Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya.


“Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.


Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.”


Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.


Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?”


Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.”


“Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.


“Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.


“Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.


“Jom ibu.”


Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.




الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد


Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid.


*****


Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.


Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’set’kan telefonnya ke ‘silent mode’. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya.


Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”


SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. “Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.


Humaira membuka mesej yang diterima. “Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.”


Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya.


Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya.


“Alice!” jerit Humaira.


Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”


“Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”


“Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.


Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?”


Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu.


“Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.”


“Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”


Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice.


“Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.”


“Jom Alice!”


Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana.


“Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?” soal Humaira.


“Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.”


“Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.”


Alice tergelak. “Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.”


Alice menyambung lagi, “Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.”


“Ooo,” jawab Humaira pendek.


Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.


“Ira, Alice tanya satu soalan boleh?” Alice bersuara perlahan.


“Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.


“Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.”


Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?”


“Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.”


“Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.”


“Kenapa?” soal Alice.


Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.”


“Ooo,” Alice seakan terpegun.


“Bukhari tau pasal ni?” Alice menyoal lagi.


“Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.


“Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.”


“Never mind.”


Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.


“Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi.


“Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.”


“Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.”


“Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?”


“Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.”


“Kenapa?” soal Ira lagi.


“Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.”


“Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.”


“Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,” Alice berseloroh.


“Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,” Ira seakan merajuk.


“Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,” Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira.


Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.”


“Jom,” jawab Alice.


*****


Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu.


“Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?”


“Isy, mengarutlah Ira ni.”


“Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira.


“Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”


“Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?” soal Humaira sambil mencubit pipi Alice.


“Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.”


“Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula.


Alice terdiam. “Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut Alice pula.


Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara:


“Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal Alice.


“Heh betul sangatlah tu.”


Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.


“Siapa tu Ira?” soal Alice.


Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati.


“Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi.


Sila nantikan sambungan bagi cerpen ini..

Video Rakaman Dr Asri & Ust Maszlee v Česke

Salam wbt..

Di sini kami ingin berkongsi video² yang dirakam ketika program Dr Maza a Ust. Maszlee v Ceske. Semoga kita semua dapat memanfaatkannya.













Peluang infaq (untuk TPMG 09)


* daripada blog TPMG 09.


Assalamualaikum wbt..

Kehadapan shbt2 yg dirahmati Allah selalu, moga sentiasa sihat dlm nikmat Islam & Iman insyaAllah.

Kami, CzeMSA (Czech Republic Malaysian Students Association) insyaAllah akan menganjurkan program seperti yg berikut. Kami dengan rendah diri & berbesar hati ingin memohon jasa baik & mengajak sahabat2 sekalian utk sama2 menyumbang bagi menjayakan program dakwah ini insyaAllah.. moga usaha kecil kita ini mendapat nilaian di sisi Allah , ameen

TPMG SPRING CAMP 09

(The Professional Mu'min Generation)

DATE : 11 & 12 April 2009

VENUE : Zralok Autokemp,Plumlov, Olomouc, Czech Republic

SPEAKER : Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr MAZA

JomInfakv4 by you.


Sumbangan boleh dilakukan melalui :

1. Paypal

2. Wakil Ireland
  • label : InfaqTPMG
  • nsc 93 10 12
  • acc no : 70 73 10 64

3. Wakil UK
  • label : InfaqTPMG
  • nama : LA
  • acc no : 13 86 84 60
  • sort code : 30 98 13

4.Wakil Lokaliti di Czech Republic

Jom Infaq! Tidak semestinya infaq wang sahaja, infaq biskut pun boleh juga tp jangan beli biskut yg perlu diboikot ye

Infaq boleh dihulurkan kepada :

SHARIFAH FADHILAH - Prague
AZIZUL(IJOY)- Hradec
AMIN -Olomouc

Semoga segala urusan sahabat2 sekalian sentiasa dipermudahkan oleh Allah, ameen
Salam ukhuwwah dari Czech Republic
wassalam

BIRO KEWANGAN & TUGAS-TUGAS KHAS TPMG09
Alia Abdul Rashid
Prague
+420 776 726 766

Hikmah Yang Ingin Di Cari





Oleh: Abu Hanzhalah


Resah, itulah yang saya rasa apabila membaca tulisan seorang sahabat di blog peribadinya..Dia menulis tentang beberapa pengalaman buruknya dengan “geng-geng usrah” sepanjang beliau di kolej persediaan dan di Czech Republic. Resah, kerana memikirkan beberapa kebenaran disebalik apa yang dia sebutkan. Ya, ada banyak perkara yang beliau catatkan yang saya tidak berapa setuju, namun banyak juga yang saya sangat bersetuju.



Rebel Agama atau “Mat Agama”?


Ya, ramai di luar sana, yang ‘memberontak’ kerana menolak ”orang agama” . Mereka marahkan ”orang agama” bukan pada agama itu sendiri. Alhamdulillah, pada satu sudut, saya bersyukur..


Saya merenung panjang memikirkan apa yang dia tulis.Teringat kisah seorang sahabat baik yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama yang memang terkenal. Diceritakannya pada saya, dulu, sewaktu di sekolah, kalau ada budak yang tidak pakai kopiah ketika pergi solat jumaat, memang sah-sah akan teruk di”sound” walhal boleh jadi budak tersebut hilang kopiahnya.


Ada satu kes pula, seorang guru disiplin melempang seorang budak HANYA kerana kesalahan tak ”tuck-in” bajunya. Adoi..


Maka, ramai produk-produk sekolah tersebut apabila keluar, rebel terhadap ”agama”. Lantas, produk-produk ini dicop sebagai produk ”gagal.” Yang dahulunya di sekolah bertudung labuh, ada yang sudah tidak bertudung. Ada yang dulu di sekolah, boleh jadi satu hari tak nampak lelaki, bila keluar sekolah tersebut, ”bercouple” sakan.


Aduh, kerana sesetengah ”orang agama” seperti ini, dukacita, agama menjadi mangsa..



Hikmah Dakwah


Saya sendiri tidak pernah melalui sekolah agama. Saya bukanlah alim mana pun dulu. Solat boleh jadi lepas. Itu pun kadang-kadang nyaris terlepas. Di sekolah dahulu, tidak juga saya ”baik sangat.” Kawan-kawan saya sehingga sekarang ada yang bukan ”calang-calang”..


Namun, Alhamdulillah, di Intec, saya di” approach” oleh beberapa sahabat yang mengajak saya bersama untuk ke sebuah kuliah sempena maulid al-rasul. Kemudian, saya diajak menjadi ahli untuk editorial board sebuah persatuan agama di sana. Kemudian pula, saya diajak “masuk usrah.” Lama kelamaan, hati saya terikat dengan usrah. Kadang-kala, kalau tidak ada usrah minggu itu, hati jadi kurang senang. Kalau dulu, boleh kira sebulan berapa kali saya baca al-Quran (itu pun sekadar Yaasin malam Jumaat- sepatutnya, yang sunnah baca Surah al-Kahfi hari jumaat) sekarang kalau sehari saya tidak baca Qur’an, hati jadi tidak tenang..


Alhamdulillah, saya berdoa.. ini adalah hidayah Allah kepada saya. Semoga Allah tunjukkan saya jalan untuk menerima kebaikan. Ya, benar, saya jauh sekali dari sempurna, tapi saya sedang cuba, untuk menjadi saksi sebenar kepada kalimah Haq yang telah saya ikrarkan.



Hikmah, Kaedah dan Hukum


Ramai orang menganggap, kalau kita “dakwahkan sesuatu”, dan si penerima dakwah tersebut tak bersetuju atau marah, maka kita tidak berhikmah. Contoh..


Saya pernah bertazkirah di surau Muslimat di Intec, saya ada menyebut:


“kenapa baca Qur’an kalau korang baca tapi tak faham? Quran itu, Huda li al-nas (petunjuk untuk manusia). Bagaimana Qur'an nak jadi petunjuk kalau kita baca pun tak faham maksud? Apatah lagi tak baca langsung?”


Kemudian, ada seorang ‘sister’ menghantar sms kepada saya: “ Anta ni tak berhikmah, baca quran tu pun dah dapat pahala, anta plak kata tak guna..”


Saya tersenyum.. Lain yang ingin saya sampaikan, lain yang Sister tersebut ambil. Lantas saya terus dilabel “tidak berhikmah.”


Apakah kalau anda marah maka terus si pendakwah itu yang tidak berhikmah?


Saya teringat kisah Nabi Nuh a.s. di dalam al-Qur’an, surah al-Nuh. Baginda berdakwah selama hampir 900 tahun. Isteri dan anak baginda sendiri tidak beriman. Sangat sedikit orang yang mengikuti baginda. Apabila baginda ‘approach’ umatnya, ada yang tutup muka dengan baju, masukkan jari ke telinga dan sebagainya kerana menolak dakwah baginda. Apakah Nabi Nuh tidak berhikmah dalam dakwah atau tak pandai nak berdakwah?


Nabi Muhammad saw juga ditolak dahulu, meskipun pelbagai hujah dan ‘kalimah agung’ berupa al-Quran yang baginda bawa. Apa, Nabi s.a.w. juga berdakwah dengan cara yang tak kena tempat? Nauzubillah...sudah tentu tidak..


Lipatan sejarah membuktikan, dakwah tidak pernah tanpa kesakitan, kemarahan, dan penolakan. Dakwah tidak pernah menyenangkan semua pihak!



Kita Menyatakan Kaedah, Bukan Menghukum


Sila rujuk artikel tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abiddin berkenaan tajuk yang sama di sini


Apabila situasi mendesak dikeluarkan sesuatu hukum, hukum tersebut bukanlah bertujuan menghukum. Mungkin ada yang menyalahgunakan sesuatu hukum, namun ia tidaklah menjadikan hukum tersebut hilang “validity” nya. Jangan kita kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakar. Tidak dinafikan ada yang “lebih lajak dari laju,” tapi jangan kita belasah semua pihak guna “template” yang sama. Ibarat menerima bola tanggung, lantas kita tunggu masa untuk “smash”. Agak tidak adil di situ.


Maksud surah al-Maidah, ayat 8:


“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “

Kita bukannya ingin menghukum, kita HANYA menyatakan kaedah hukuman.


Seorang yang melanggar lampu merah, boleh jadi ditahan polis. Polis akan mengeluarkan saman. Adakah polis tersebut salah kerana tahu menghukum sahaja? Dia memegang amanah untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Terpaksa dia menjaga amanahnya.


Namun, boleh jadi juga, seseorang itu melanggar lampu merah kerana perlu berkejaran ke hospital dalam sebuah situasi kecemasan. Ketika itu, walaupun dia ditahan polis, boleh jadi polis tersebut akan melepaskannya menurut budi bicaranya kerana situasinya ketika itu. Namun, hukumnya tetap sama, langgar lampu merah itu haram!.


Contoh lain,


“Bro, kalau aku g clubbing-clubbing ni aku masuk neraka ke? Aku solat, solat gak, puasa ada gak.. baca qur’an pun ada gak sket-sket.. ”


Kalau ada sesiapa bertanya pada saya soalan yang sedemikian, saya katakan, “Aku bukannye Ayah Pin yang mengaku jaga pintu neraka. Aku sendiri pun tak tau apa nasib aku kat “sana”, apatah lagi nak bagi hukuman untuk ko..”..


“ tapi, kalau ko tanya, clubbing ni boleh bawak ke neraka ke? Aku jawab, wallahua’lam, dari ape yang aku tau, berdasarkan Quran and Hadis, nampak gaya macam gitu la..”


“Itu adalah kaedah hukuman, tapi takdela aku kata ko konfem masuk neraka!”


Ya, Allah Maha Adil, manusia ditimbang mengikut ringan atau berat amalannya. Boleh jadi kesalahan kita ditampung oleh banyak lagi kebaikan-kebaikan kita. Dan sebaliknya juga, boleh jadi, kebaikan-kebaikan kita tak berguna dek banyak kesalahan-kesalahan kita.


Maksud Surah al-Qari’ah, ayat 6-11:


“ Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Sebaliknya) orang yang ringan timbangan amal baiknya. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah". Dan apakah engkau mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar”

Perkara ini, seperti yang disebutkan Dr Mohd Asri dalam artikel beliau di atas, perlu difahami oleh kedua-dua pihak. Pertama mereka yang tidak faham tentang maksud kaedah-kaedah yang disampaikan lalu menuduh yang bukan-bukan. Kedua kepada golongan pendakwah sendiri yang terlalu cepat menghukum individu tanpa penelitian.



Tazkirah Penutup Bicara


Akhir sekali, apapun pandangan, keputusan, idea dan pegangan kita, yang penting untuk kita fahami dengan betul ialah, biarlah di penghujung perjalanan kita nanti, tempat kita ialah di syurga. Apa pun tindakan kita, timbanglah ia dengan neraca “taqwa“ – sama ada Allah dan Rasul redha, atau sebaliknya. Mungkin apa yang ingin saya simpulkan di sini, agak kurang “standard“, tapi hakikatnya inilah perkara yang paling penting untuk kita hayati dan pegangi.


Rugilah manusia, dalam kesibukan dirinya berjuang menongkah kesibukan dan pahit-manis hidup ini, dia terbabas dari landasan taqwa ini, lalu akhirnya, membawa masalah kepadanya di hadapan Mahkamah Allah yang Maha Agung nanti.



Program Bedah Buku: SYAHADATUL HAQ



Program Bedah Buku: SYAHADATUL HAQ oleh Abul A'la al-Maududi

Pengisian Program:
-Bedah Buku-
-Games of Ukhuwwah-
-I'tiqaf-

-Buku SYAHADATUL HAQ akan disediakan-

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yaqzan
Rajeev
Mohd Noor
Najmi
Anam

*sila confirmkan kehadiran anda supaya kami dapat sediakan jumlah buku dan makanan*
*jumpa di Cerny Most Mosque*


"Semoga ia menjadi salah satu usaha kita untuk memahami ad-deen ini, agar dapat berhujah di hadapan Allah kelak."

IKHLAS PERMATA suatu luahan




Allah Knows - Zain Bhikha

By RajeevSham

Wanita Beriman dan Pentas

“Apa salahnya kalau kita orang buat persembahan. Bukannya ada menari ke, bukak-bukak aurat ke. Kitorg berlakon dengan menyanyi aje. Lagipun suara bukannya aurat.”

“Ada dalil ke yang kata perempuan tak boleh buat persembahan atas pentas?”

Soalan ‘common’ yang sering dibangkitkan tatkala musim Malam Malaysia, Theatre di Kolej-kolej, Persembahan Hari Guru di SBP-SBP dan sebagainya. Soalan ‘common’ yang sepatutnya dapat dijawab secara ‘common sense’ oleh si tukang tanya itu sendiri, tapi hampa.

Tak mengapalah. Mungkin ‘common sense’ hari ini dah tak ‘common’. Mari kita layan soalan itu dalam konteks agama kerana hujah yang dibalas si tukang tanya berkisar tentang hukum dan dalil.

Suara Wanita

Benar, suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat sebagaimana yang dipersetujui oleh Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie. <Rujukan>

Bila Bukan Aurat Berubah Menjadi Aurat

Apabila dipersetujui suara wanita itu bukan aurat, bukanlah bermaksud ianya tidak terlepas dari kawalan syariat. Syariat diturunkan Allah sebagai pengawal dan bukan penghalang. Dia Maha Mencipta lantaran Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaan NYA.

Firman Allah:

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)"

[Al-Ahzab : 32]

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Subjek yang dibincangkan adalah suara wanita manakala watak-watak yang diceritakan dalam tafsiran di atas adalah kaum wanita dan orang yang berpenyakit di hatinya. Lantas dalam konteks persembahan di khalayak, nyata audience yang datang adalah pelbagai dan sudah pasti tidak semuanya tidak berpenyakit hati. Apatah lagi majlis yang dihadiri orang kafir.

Menampakkan Diri Di Khalayak Ramai

Isu suara dan aurat telah terjawab, ingin saya timbulkan pula soal menampakkan diri di khalayak ramai. Berdalilkan firman Allah:

“Dan katakanlah kepada para wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya...”

[An-Nur:31]

Jelas ayat ini melarang para wanita beriman manampakkan perhiasan diri mereka kecuali kepada orang-orang tertentu sebagaimana yang dijelaskan sehingga akhir ayat di atas.

Hadith Rasulullah yang berbunyi:

Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yang tidak mahu saya lihat:”

1.)Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.

2.)Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikan punuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya. Sesungguhnya harum syurga itu terdapat pada perjalanan begini dan begini.” [HR Muslim]



Pra-Persembahan Pentas

Mari kita pandang ke luar sedikit daripada persembahan di atas pentas yakni persediaan sebelum persembahan pentas itu sendiri. Sudah tentu persembahan-persembahan itu tidak dibuat secara spontan tanpa perlu latihan dan rehearsal. Sesi latihan sangat penting dan adakalanya membawa sampai lewat malam.Adakalanya membawa rasa suka, gembira bersama. Bertepuk tampar, ter...itu, ter...ini. Bak kata orang Perak, ‘ingkey’. Dari sinilah bermulanya bibit-bibit dosa, panahan-panahan syaitan, munculnya penyakit hati dan sebagainya. Ramai yang akan membantah, tak kurang yang akan mengatakan hujah ini tidak professional namun Allah yang telah menciptakan hati-hati ini sentiasa berbolak-balik. Dia Maha Mengetahui setiap denyutannya. Tak usahlah menipu diri sendiri dan orang lain.

Pergaulan lelaki dan wanita ajnabi (bukan mahram) ini disebut ikhtilat. Suka saya kongsikan beberapa perkara yang mengharuskan ikhtilat sebagaimana yang disyarahkan oleh Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah:

1) Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2) Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

3) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

4) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

5) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

6) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

7) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

8) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya

Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

9) Ikhtilat dalam kenderaan awam

Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi,seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

10) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

11) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

12) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik:"Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

<rujukan>

Mungkin hujah-hujah ini sudah cukup untuk mendatangkan ‘tahu’ dan menimbulkan ‘sedar’. Soalnya sama ada ‘mahu’ atau tidak.

Usahlah kita mahu mengadaptasi kisah Yahudi yang diperintahkan Allah supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka merasakan mereka bijak untuk memanipulasi arahan Allah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu akan tetapi mereka memerangkap ikan pada hari Jumaat dan memungutnya pada hari Ahad. Allah merakamkan kisah mereka yang akhirnya dijadikan kera yang hina. [Rujuk al-Baqarah: 65]

Renungan untuk para bijak pandai. Janganlah hukum Allah itu dimanipulasi semata-mata untuk menjustifikasi dan membenarkan tindakan kita.

Saya simpulkan post ini dengan sebuah hadith yang jelas maksudnya, buat renungan semua.

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'"

[HR. Bukhari]



Hayatilah lagu ini


Menjawab persoalan,

Abul Aa'la