Daripada Abu Sa'id al-Khudri radhiallaahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullaah Sallallahua'laihiwasallam bersabda,

"Barangsiapa diantara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." 
(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini adalah hadith pertama dalam Hadith 40 yang menyuruh kepada amar maa'ruf nahi munkar. Dalam hadith ini, Rasulullaah Sallaahualaihiwasallam mengajar kita bagaimana mengamalkan amar maa'ruf nahi munkar tapi dalam masa yang sama mengelakkan atau meminimakan mudarat, sama ada kepada diri sendiri atau mad'u.

Imam as-Syatibi mengatakan bahawa seorang daei' mesti bijak meramal sebarang kemungkinan yang akan berlaku atau kesan buruk yang mungkin timbul pasca dakwahnya. 

Kesan buruk itu bukan bermaksud dicerca atau dihina tapi lebih kepada perkara-perkara yang lebih ekstrim seperti kehilangan nyawa, kecederaan serius atau mudarat yang lebih besar.

Insan berbeza dari segi kekuatan dan kemampuan untuk menghalang kemungkaran. Hadith ini meraikan kepelbagaian insan.

Prinsip-prinsip Dalam Menghalang Kemungkaran (Nahi Munkar)

  1. Meletakkan prioriti. Utamakan apa yang prioriti - agenda vs isu.
  2. Tadarruj atau berperingkat-peringkat. Dakwah yang berhikmah tidak terus kepada kekerasan akan tetapi memerlukan masa untuk melembutkan hati manusia. Contoh: pengharaman arak.
  3. Tidak mencari-cari kesalahan orang lain.
  4. Memastikan bahawa kemungkaran itu telah benar-benar berlaku.
  5. Memilih masa yang sesuai untuk mencegah kemungkaran.
  6. Menasihati secara peribadi, bukan di khalayak ramai.
  7. Tidak menghasut orang lain sebaliknya berhujah dengan tepat.
  8. Cegahlah kemungkaran dengan lembut dan berkasih sayang.
  9. Jika berlaku perbezaan pendapat, jangan menolak pendapat yang lain.
  10. Rasional dalam mencegah kemungkaran. Jika ia mendatangkan mudarat yang lebih besar, elakkan.


Di akhir hadith, Rasulullaah Sallaahualaihiwasallam menyatakan, cegahlah kemungkaran dengan hati kerana itulah selemah-lemah iman. Setiap mukmin wajib membenci kemungkaran kerana itu adalah syarat iman. Sekiranya kemungkaran dilihat sebagai norma masyarakat, kita perlu periksa semula iman kita.

Wallaahua'lam.

Rujukan