Jaulah Winter 2010: Istanbul

Jaulah Winter kembali lagi. Misi kali ini adalah menghayati perjuangan tentera Fatih!

Inshaallah Jaulah Winter kali ini akan membawa anda ke Istanbul, Turkey. Bekas ibu kota Rome Timur yang dahulunya dikenali dengan nama Constantinople. 

Bebasnya Constantinople ke tangan Sultan Muhammad al-Fatih telah membenarkan sabda Rasulullaah s.a.w.:

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”


Ayuh kita hayati kehebatan Muhammad al-Fatih!


23-27 Disember 2010

Tarikh tutup penyertaan 25 November 2010

Untuk pertanyaan sila hubungi:
Hakha (775605393) atau email muhammadhafiz0206@yahoo.co.uk

Hayati Perjuangan Tentera Fatih!




Hadis 35: Ukhwah dan Hak-Hak Muslim..


Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya.

Taqwa itu di sini *kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali*
Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya yang muslim. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.

~Riwayat Imam Muslim~

Hadith ini merupaka antara amanat terakhir Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Ada sumber yang mengatakan hadith ini diucapkan sewaktu khutbah wida’. Di dalam hadith ini, Rasulullah mengajar umat Islam supaya mementingkan perpaduan dan mengamalkan adab-adab dan tatasusila terutama sekali sesame Muslim.

Perpaduan adalah salah satu intipati terbesar dalam Islam. Di dalam al-quran, terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa umat Islam supaya bersatu. Antaranya, dalam surah al-‘Imran: 103:

‘Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..’

Dan di dalam surah At-Taubah ayat ke 71, Allah menyebut:

‘Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi ‘awliya’ (setia atau penolong) bagi sebahagian yang lain.’

Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam al-quran yang menyeru ke arah perpaduan, dan banyak juga ayat yang melarang perpecahan. Kita dapat melihat ayat-ayat ini dalam surah ali-Imran: 103, seperti yang disebut tadi.

Terdapat banyak juga hadis yang menyeru umat Islam supaya bersatu. Di dalam satu hadis yang direkod oleh Imam Muslim:

‘Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan.’

Pengajaran:

Agama Islam adalah agama yang harmoni dan sangat mementingkan keamanan dan perpaduan sesame umat Islam. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil secara terus dari hadis ini.

1. Jangan saling berdengki.

2. Jangan saling menipu.

3. Jangan saling membenci.

4. Jangan saling membelakangi.

5. Jangan menjual di atas penjualan orang lain.

Perkara-perkara yang dinasihati Nabi s.a.w. tersebut semuanya berkaitan dengan hak-hak seorang Muslim. Seorang Muslim mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh Muslim yang lain. Perkara-perkara yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan antara penyakit hati yang sangat mudah untuk berlaku di dalam kehidupan seharian kita di mana jua. Justeru, biarpun kelihatan perkara kecil, Rasulullah mengingatkan umat Islam untuk menjaga perkara-perkara ini sebagai hak seorang Muslim.

Rasulullah s.a.w. menyambung nasihat baginda dengan bersabda:

‘Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara’

Hendaklah umat Islam saling bergaul dan memperlakukan orang lain seperti saudara dalam kecintaan, kasih sayang, keramahan, kelembutan dan tolong-menolong dalam kebaikan dengan hati ikhlas dan jujur dalam segala hal.

Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, mendustanya dan menghinanya.

Inilah indahnya ajaran Islam. Rasulullah menekankan bahawa seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Agama Islam mempersaudarakan umatnya atas talian aqidah yang suci. Dan inilah dia talian yang diiktiraf oleh Allah di dalam al-quran.

Betapa Islam sangat menghargai harga dan nilai seorang Muslim. Menelantarkan di sini bermaksud tidak member bantuan dan pertolongan. Maksudnya, jika ia meminta tolong untuk melawan kezaliman, maka menjadi keharusan saudaranya sesame Muslim untuk menolongnya jika mampu dan tidak ada halangan syar’i.

Taqwa

Akhir sekali, setelah baginda mengingatkan tentang hak-hak dan adab-adab seorang Muslim, Rasulullah mengaitkan pula kesemua perkara ini dengan taqwa. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bahawa perkara yang membezakan seseorang dari seorang yang lain ialah taqwa. Orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah, meskipun dipandang rendah oleh orang lain.

Nilai seorang Muslim

Harga seorang Muslim sangat tinggi dan tidak boleh diperkotak-katikkan orang lain. Setiap Muslim mempunyai hak dan wajib dihormati dan dijaga haknya. Islam sangat melarang seorang Muslim untuk merendah-rendahkan seorang Muslim yang lain.

Subhanallah.. Indahnya agama Islam.

Hadith 34


Daripada Abu Sa'id al-Khudri radhiallaahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullaah Sallallahua'laihiwasallam bersabda,

"Barangsiapa diantara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." 
(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini adalah hadith pertama dalam Hadith 40 yang menyuruh kepada amar maa'ruf nahi munkar. Dalam hadith ini, Rasulullaah Sallaahualaihiwasallam mengajar kita bagaimana mengamalkan amar maa'ruf nahi munkar tapi dalam masa yang sama mengelakkan atau meminimakan mudarat, sama ada kepada diri sendiri atau mad'u.

Imam as-Syatibi mengatakan bahawa seorang daei' mesti bijak meramal sebarang kemungkinan yang akan berlaku atau kesan buruk yang mungkin timbul pasca dakwahnya. 

Kesan buruk itu bukan bermaksud dicerca atau dihina tapi lebih kepada perkara-perkara yang lebih ekstrim seperti kehilangan nyawa, kecederaan serius atau mudarat yang lebih besar.

Insan berbeza dari segi kekuatan dan kemampuan untuk menghalang kemungkaran. Hadith ini meraikan kepelbagaian insan.

Prinsip-prinsip Dalam Menghalang Kemungkaran (Nahi Munkar)

  1. Meletakkan prioriti. Utamakan apa yang prioriti - agenda vs isu.
  2. Tadarruj atau berperingkat-peringkat. Dakwah yang berhikmah tidak terus kepada kekerasan akan tetapi memerlukan masa untuk melembutkan hati manusia. Contoh: pengharaman arak.
  3. Tidak mencari-cari kesalahan orang lain.
  4. Memastikan bahawa kemungkaran itu telah benar-benar berlaku.
  5. Memilih masa yang sesuai untuk mencegah kemungkaran.
  6. Menasihati secara peribadi, bukan di khalayak ramai.
  7. Tidak menghasut orang lain sebaliknya berhujah dengan tepat.
  8. Cegahlah kemungkaran dengan lembut dan berkasih sayang.
  9. Jika berlaku perbezaan pendapat, jangan menolak pendapat yang lain.
  10. Rasional dalam mencegah kemungkaran. Jika ia mendatangkan mudarat yang lebih besar, elakkan.


Di akhir hadith, Rasulullaah Sallaahualaihiwasallam menyatakan, cegahlah kemungkaran dengan hati kerana itulah selemah-lemah iman. Setiap mukmin wajib membenci kemungkaran kerana itu adalah syarat iman. Sekiranya kemungkaran dilihat sebagai norma masyarakat, kita perlu periksa semula iman kita.

Wallaahua'lam.

Rujukan



Baru Semalam Aku Tersedar

Oleh: Abdul Khaliq


A Talk By Norman Finkelstein...

Salam

Recently, 1 of the most prominent figures painting the arena of Palestinian-Israeli conflict, Dr Norman Finkelstein paid a visit for the first time to Prague. The people here were honoured for his presence, at least for my personal point of view.

I was excited more than ever. That was probably be the only time in my life that I have a chance to see Dr Finkelstein in person. It feels like meeting an artist or something like that. Before this I just heard his name and some books that he wrote, and some of his videos in the youtube. I feel honoured somehow.

from the screen of our video recording ;p

The talks were held in a hall at Casa Gelmi in Prague, and in the Faculty of Phylosophy, Charles University, with audience about several hundred people from several countries all around Europe, which consisted of delegates, political analysers and students as well. There were supposed to be 4 talk sessions, but 1 of the talk which was scheduled on Tuesday morning was cancelled by the Academy of Science of the Charles University and the government of Czech Republic for the reason that the talk is 'one-sided' and fear of spreading 'false information' to the people. Dr Finkelstein himself expressed his shock and disappointment with the cancellation, after he went all the way from New York to give a speech and when he came over, the speech was cancelled by the authority. It's kind of weird the government here said that the talk is 'one-sided' when he has not given the speech. It seems that the Czech government limits the freedom of speech in this country.

Norman Finkelstein giving a speech at Casa Gelmi, Prague

I'm pretty sure not all of the readers know Dr Norman Finkelstein. Borned in a Jewish family, Finkelstein is an American political scientist, whose primary fields of research are the Israeli-Palestinian conflict and the politics of the Holocaust. He received his Ph. D in political science from Princeton University, and he has hald faculty positions in several famous universities in the United States. His parents survived from Ghetto in Warsaw. Throughout his career, he has constantly causes controversies by constantly condemning the occupation of Palestine by Israel. He wrote lots of books, many of which condemning the illegal and inhuman conducts of the Israel. He was also labelled as 'self-hating Jew'. He once argued that the memory of the Holocoust is just an 'ideological weapon'. This is so the state of Israel. Being accused as 'hostile' to Israel, and due to 'security reason', he is banned from entering Israel.

during the second speech at the Faculty of Phylosophy, Charles University

during the 2nd speech at the Faculty of Phylosophy, Charles University

The first talk which I listened to was about 'Mass Media and Occupation of Palestine: Image and Reality' and the second talk was entitled 'Legal Aspects of Israeli-Palestinian Conflict'.

The thing which I love about Dr Finkelstein speech was that, he discussed the topic objectively, based on facts and the international laws, where nobody could deny the facts that he brought in.

Dr Finkelstein tried to explain the audience the fact that the Israeli-Palestinian conflict is actually not 'complicated' as many of the people in this world thought. He questioned how does one account for all the media controversy swirling around a conflict which, if one examines the past, or historical record, the present or human right record and the future or diplomatic record, is remarkably UNCONTROVERSIAL.

There were dozens of international cases which are much more controversial than the Israeli-Palestininian issue. Let's just take the issue of the walls which are being built on the land of Palestine. The international law clearly states that it is illegal to build any kind of construction on other country's land. It's just the same rule like we treat our neighbour. Well, we might have a nasty, dirty neighbour or probably a neighbour who likes to make noise. Of course it is our right if we want to build a wall inside our territory between our house and our neighbour's house. Nobody cares what you want to build. Nobody cares how high is the wall that we want to build inside our house. But we cannot build a wall around our neighbour's swimming pool. The concept is simple, and it is clearly stated under the international law.

The International Court of Justice (ICJ) notes that it has no interest in any wall constructed within Israel's borders, where Israel can do what she likes. As regards the vast sections of the wall that are on Occupied Palestinian Territory: "that construction, along with measures taken previously, thus severely impedes the exercise by the Palestinian people of its right to self-determination, and is therefore a breach of Israel's obligation to respect the right."

The court rules that the wall should be dismantled and goes on to say that Israel is legally obliged to "return the land, orchards, olive groves and other immovable property seized... In the event that such restitution should prove to be materially impossible, Israel has an obligation to compensate the persons in question for the damage suffered."

Still related to the issues of the wall, probably most of us do not know that the ICJ has issued an advisory opinion on the legality of the wall being constructed by Israel in the Occupied Territories. 15 panels of judges has been appointed in this issue.

The court was forced to incidentally examine some of the so-called "Final Status" issues - the issues which must be resolved for any lasting peace in the Israeli-Palestinian conflict. There are generally held to be five: Borders, Settlements, Refugees, Jerusalem and Water. I'm not going to explain all the issues here.

Given the international composition of the ICJ and the complex and controversial issues it is called upon to judge, one might expect the rulings have been close-fought. In fact, the vote was 14-1 in favour of all points. The only judge being the dissenter of all rulings was the US representative, Judge Buergenthal. However, in a separate ruling, he explained that he agreed with his colleagues on the ruling that Israeli settlements in the Occupied Palestinian Territories are illegal under international law. Therefore there is unanimity in the International Court of Justice on this point.

And another fact is that every year the United Nation General Assembly would vote for the resolution 'Peaceful Settlement of Palestine Question'. And surprisingly, each year, the votes received suggested that the issue is actually non-controversial. For example in the year 1997 and following years, the vote was 155-2, with the negative votes being cast by Israel and United States. It's like the whole world against Israel and United States.

Thus, mathematically, it seems that the so-called 'controversial issues' in the Israel-Palestine conflict is actually NON-CONTROVERSIAL. Yet, the terms like 'controversial' or 'disputed' issues used by the media made people believe that the Israel-Palestine issue is actually very complicated.

Dr Finkelstein argued that the vast preponderance of media controversy swirling around the Israel-Palestine conflict is contrived, fabricated, the purpose being to divert attention from the documentary record and confusion about what it actually shows.

me and my friends with Dr Norman Finkelstein

I think I should just stop here, as I've just realised that I've already written quite long, even though I just mentioned about 1 issue. Anyway, as a Muslim, we have more reasons to help and sacrifice for the Palestinians, as they are our brothers, our family members. Unfortunately, most of us don't realise the responsibility. While we are busy studying, playing football, eating, organising parties, Malaysian Night or whatever night, while we are sleeping comfortably on our cosy bed, one of our family member dies everyday. Yet, we could still enjoy ourselves without thinking about them. We should feel ashamed that a non-believer understands and helps our brothers more than we do.

Hadith Arba'in ke-31 - Hakikat Zuhud

Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda:

Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.

Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik.

Latar belakang hadith

Hadith ini telah dibuktikan lemah oleh banyak ulama’ antaranya Ibnu Rajab. Namun ianya masih kerap digunakan oleh kerana mengandungi pengajaran yang sangat berguna :

1. Walaupun hadith ini lemah, namun ianya mengandungi perkara yang benar dan boleh diterima pakai. Dengan itu, para ulama’ masih terus menggunakan hadith ini walaupun bukan sebagai hujah.

2. Hadith ini adalah mengenai 1 konsep yang sangat besar dalam islam yakni al-zuhd. Memandangkan kebelakangan ini, terdapat banyak salah faham mengenai al-zuhd, sangat penting bagi kita untuk membenterasnya dan mengembalikan maksud asal konsep ini terutama bagi umat islam sendiri.

Keterangan hadith :

Hadith ini menekankan aspek al-zuhd atau zuhud yang jika ditafsirkan bermaksud :

Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian jugs penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.
Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.( Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady-Konsep Zuhud Dalam Islam: Suatu Renungan di Alaf Baru)

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa meninggalkan dunia ataupun mengamalkan zuhud akan membawa kepada kasihnya Allah kepada kita dan

Maninggalkan/tidak mengendahkan apa yang dimiliki oleh orang lain(harta dsb) akan menyebabkan kita dikasihi manusia.

Banyak ayat Quran dimana Allah menekankan konsep zuhud terhadap dunia antaranya:

…Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. (4:77)

(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (87:16-17)

Di dalam Sahih Muslim, diriwayatkan oleh Jaber Ibn 'Abdullah, radiyallahu 'anhu, Rasulullulah pernah lalu dihadapan kambing yang mati di sebuah pasar. Kambing tersebut telah dipotong telinganya. Baginda memegang telinga kambing itu dan bertanya samada sesiapa meninginkannya dengan harga 1 dirham sahaja(nilai yang sangat rendah). Mereka menjawab bahawasanya mereka tidak menginginkannya walaupun dengan percuma sekalipun. Apakah yang boleh mereka buat dengan kambing yang telah itu? Rasulullah bertanya sekali lagi akan sesiapa yang menginginkannya (tanpa bayaran). Kemudian mereka menjawab jika kambing itu hidup sekalipun, mereka tidak akan membelinya kerana telinganya telah dipotong. Inikan pula untuk mendapatkannya bila ia telah mati. Baginda S.A.W berkata, “Kehidupan di dunia ini sangat kecil pada Allah sepertimana kecilnya nilai kambing yang mati itu kepada kamu.”

Pengajaran

Abu Muslim Al-Hawlani(ulama’ terdahulu) mengatakan zuhud di sini tidak bermaksud mengharamkan perkara yang dihalalkan atau supaya membazir harta, tapi bermaksud seorang hamba itu meletakan kepercayaan penuh pada Allah lebih dari apa yang dia miliki. Jika mereka ditimpa malapetaka, mereka tidak akan menyesalinya dan akan mengharapkan pembalasan di akhirat kelak.

Ibnu Rajab mengatakan al-zuhd bermaksud 3 tingkah laku hati yakni:

1. Segalanya datang dari Allah dan bukan atas usaha atau tindakannya. Dia perlu percaya pada Allah lebih dari kepercayaannya terhadap kemampuannya atau apa yang dia miliki.

2. Jika dia kehilangan sesuatu, dia tidak akan menghiraukannya/menyesalinya kerana tujuan utama hidupnya hanyalah untuk mencari ganjaran akhirat.

3. Seorang muslim tidak patut menghiraukan pujian, kutukan atau kritikan orang lain. Dia tidak meminta untuk dipuji dan jika dipuji sekalipun dia tidak bangga. Apabila dipersalahkan/dikritik, dia tidak akan terasa kerana ianya tidak benar tapi jika sebaliknya dia perlu menerimanya dan membaiki diri.

Imam Ahmad Hanbal apabila ditanya samada seorang yang memiliki 1000 dinar masih zahid atau tidak menyatakan orang ini masih boleh dikategorikan sebagai zahid jika dia tidak gembira apabila wang dia miliki bertambah dan tidak pula sedih apabila ia berkurangan. Kita tidak boleh menjadi hamba kepada dunia dan harta namun ini tidak bererti kita tidak boleh zuhud dan pada masa yang sama berharta. Yang pentingnya kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah dan mengunakan harta yang dimiliki pada jalan yang betul.


Sufian Ibn 'Uyainah(seorang ulama’ terkenal) menyatakan orang yang zahid adalah orang yang apabila dikurniakan dengan rahmat dia bersyukur dan apabila melalui ujian dia tetap bersabar.

Seorang lagi ulama’ berpendapat al-zuhd adalah kita sentiasa bersedia dalam hati dan ingatkan akhirat(mati). Ini membawa maksud perasaan hati dimana seorang individu merasakan dia tidak akan hidup lama dan ini akan memotivasi diri untuk menjadi lebih baik kerana sedar peluang untuk menambah pahala sudah semakin sedikit.

Oleh itu, ada ulama’ yang mengkelasifikasikan zuhud kepada kategori-kategori tertentu, zuhud terhadap dosa, terhadap nafsu dan dari melakukan perkara yang dibenarkan secara berlebihan contonya tidur untuk masa yang lama.

Ibnu Rajab menyatakan kesedaran tentang pendeknya hayat kita akan membawa kita kepada keinginan untuk bertemu Allah dan sentiasa menantikan hari akhirat dan ini adalah tahap zuhud yang tertinggi. Kita patut melihat kehidupan dunia sebagai sesuatu yang hina bukan kerana kandungan atau sunnatullah yang ada didalamnya tapi kerana perbuatan sesetengah golongan yang tidak melakukan amal makruf tetapi yang mungkar. Semua ini akan mencetuskan keburukan dan inilah yang perlu kita benci dan hina.


Sepatutnya peluang yang diberi untuk berada dimuka bumi ini digunakan untuk sampai ke destinasi akhir. Perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan segala kurniaan. Melakukan perkara dibenarkan juga untuk mencari kejayaan di akhirat. Contonya makan dan tidur dengan secukupnya untuk membolehkan kita beribadat dengan sempurna.

Sesetengah muslim menyalah anggap konsep zuhud lalu mengundang kepada kemunduran umat ini. Keperluan membina tamadun yang dianggotai pelbagai pakar dalam pelbagai bidang amat perlu dan untuk itu segala usaha dan bidang yang boleh diceburi tidak patut dipandang rendah atau hina.


Jadi kesimpulannya disini adalah, zuhud bukan bererti meninngalkan dunia dan hanya beribadah sepanjang masa tapi melakukan ibadah dan pada waktu yang sama menjalankan segala aktiviti keduniaan dengan niat atau tujuaan demi Allah dan untuk mencapai kejayaan di akhirat.

Sering kali kita dapat lihat sebilangan da’ie meninggalkan aspek keduniaan dan menganggap dakwah tiada kaitannya dengan dunia atau mengabaikannnya kerana merasa ia tidak penting. Mereka sering mengenepikan pelajaran, pekerjaan dan tanggungjawab (keluarga dan diri) dengan alas an untuk berdakwah. Hal ini bukan sahaja mengundang kehancuran diri mereka malah turut membawa fitnah kepada dakwah itu sendiri. Seperti yang ditekankan diatas, kita selaku daie tidak sepatutnya mencampakkan dunia secara 100% tapi mengunakannya sebagai jalan untuk mencapai kejayaan di akhirat dan sebagai satu alat untuk berdakwah. Caranya sangat banyak dan berbeza untuk setiap situasi. Untuk diri para pelajar sendiri yang turut sibuk berdakwah, kita perlu menyeimbangkan pelajaran dan tanggungjawab berdakwah iaitu dengan mempamirkan kejayaan dalam akedemik supaya akan dicontohi orang lain.

-Di olah dari thefortyhadith.com-