Pembinaan individu Muslim melalui medium tarbiyah usrah, halaqah, KOLO, rajske zahrady atau apa saja namanya mengikut citarasa masing-masing, haruslah mempunyai target khusus dan sistematik dalam mencapainya. Usrah bukanlah hanya perjumpaan-perjumpaan mingguan, datang, duduk, dengar dan pulang. Minggu depannya, perkara sama diulang-ulang.

Akan tetapi, usrah merupakan salah satu method tarbiyyah untuk membina individu-individu Muslim yang sejati. Mana mungkin individu Muslim sehebat Abu Bakr As-Siddiq dapat dibina hanya dengan datang ke rumah Al-Arqam bin Abul Arqam, duduk, dengar dan pulang. Ia perlu diasas dengan perjumpaan-perjumpaan, menyuntik keyakinan terhadap aqidah Islam, membina fikrah yang jelas dan membakar semangat dakwah kemudian dipraktik dalam kehidupan harian. Lantaran itu, pembinaan individu Muslim itu berlaku di luar usrah selepas saja selesai tasbih kafarrah.

As-Syahid Imam Hassan al-Banna telah menggariskan 10 sifat yang sepatutnya dibentuk dalam tarbiyyah melalui medium usrah. Jika dilihat secara keseluruhannya, semua target ini mustahil dapat dicapai jika hanya usrah itu diletak 100% pada perjumpaan mingguan (liqa').




10 Muwasafat Tarbiyyah

1. Aqidah Yang Sejahtera
• Mengutamakan Al-Quran dan Sunnah dalam segala isu
• Bergantung harap hanya pada Allah
• Tidak mendahulukan makhluk berbanding Allah
• Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat
• Mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah dan Rububiyah
• Tidak mensyirikkan Allah pada Asma`, Sifat dan Af`alNya
• Tahu had sempadan muwalat (sokong) dan mu`adat (memusuhi)
• Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah&qudwah
• Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha
• Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
• Merasai kemanisan iman
• Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah)
• Berfikir dengan fikrah Islam


2. Ibadah Yang Sahih
• Mengetahui konsep ibadah kepada Allah
• Mengetahui hukum asas dan sunnah dalam ibadah khusus
• Khusyu` dalam solatnya
• Cuba Qiam sekali seminggu (at least)
• Cuba puasa sunat 2 kali sebulan (at least)
• Bersedekah
• Memelihara anggota
• Khusyu` ketika membaca al Quran
• Banyak mengingati Allah
• Banyak berdoa disamping mengambil kira syarat dan adab-adabnya
• Banyak bertaubat
• Sentiasa memperbaharui niat dan memperbetulkan
• Melakukan semua kerja dengan niat kerana Allah


3. Akhlak Yang Mantap
• Bertegur sapa sesama Muslim
• Menjaga ikhtilat/pergaulan
• Tidak banyak berbantah/berdebat/berjidal
• Tidak banyak mulut
• Sedikit senda gurau
• Tidak berbisik perkara kebatilan
• Tidak berdengki
• Tidak berhasad
• Rasa malu melakukan dosa
• Menyayangi jirannya
• Tawadhu` tapi bukan merasa hina
• Berani
• Lembut
• Menziarahi orang sakit
• Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan


4. Mampu Berdikari
• Bekerja dan berusaha sendiri
• Tidak meniru dalam peperiksaan
• Tidak bergantung kepada orang lain dalam kebanyakan urusan
• Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
• Mampu bekerja sendiri, tidak makan gaji
• Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
• Berusaha untuk membuat pengkhususan
• Sederhana dalam berbelanja
• Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
• Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan


5. Berpengetahuan luas
• Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al Quran (at least)
• Menghubungkan antara al Quran dan realiti semasa
• Membaca 40 hadis daripada Matan Arba`ien
• Mengetahui seerah Rasulullah yang asas
• Mengetahui seerah 20 orang syuhada` dari kalangan sahabat (at least)
• Tahu hukum-hakam/fiqh asas
• Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususannya (at least)
• Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
• Mengetahui isu-isu umat dalam dan luar negara
• Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
• Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan umat Muslimin


6. Tubuh Yang Sihat dan Cergas
• Membasuh peralatan makan dan minum
• Jauhi makanan yang diawet dan utamakan makanan semulajadi
• Mengatur jadual makan
• Mampu menyediakan makanan (masak)
• Kurangkan pengambilan lemak
• Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
• Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
• Memilih syarikat pengeluar makanan Islam dahulu
• Tidur 6 – 7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
• Bersenam 10 – 15 minit sehari
• Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
• Mendapatkan rawatan jika sakit
• Memakai pakaian yang bersih


7. Mampu bermujahadah (Menguasai Diri)
• Lawan dorongan nafsu
• Mengawal diri dan masa melayari internet
• Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
• Sentiasa bersama pendokong kebaikan
• Makan apa yang disaji dengan redha
• Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
• Sabar di atas bala/ujian Allah
• Perbuatannya menyamai perkataannya
• Bersedia menanggung bebanan dakwah


8. Teratur dan Sistematik Urusannya
• Sembahyang menyusun waktunya
• Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
• Kemas rumah dan biliknya
• Tahu keutamaan kerja/tugas dan mampu menyusunnya
• Menyusun segala idea-ideanya
• Mempunyai nota catatan peribadi


9. Sangat Menghargai Masa
• Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
• Mengisi masanya dengan perkara bermanfaat
• Menjaga waktu kerja/belajar/riadah/internet
• Mengutamakan waktunya untuk perkara penting dahulu
• Menyelesaikan setiap kerja sebelum waktu yang dijanjikan


10. Bermanfaat Kepada Orang Lain
• Iltizam dengan adab Islam di rumah
• Menunaikan tanggungjawab suami/isteri
• Membantu isteri/suami
• Menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa/anak-anak
• Memberi hadiah kepada jirannya/kawan
• Memberikan khidmat umum/sukarela kerana Allah
• Memberi apa yang dimiliki kepada yang memerlukan
• Sentiasa bercampur dengan masyarakat sekeliling
• Menggalakkan kebaikan
• Membantu mereka yang memerlukan
• Menolong orang dalam kesusahan
• Menenangkan orang yang ditimpa bencana
• Menolong orang yang dizalimi
• Cuba memenuhi keperluan orang lain
• Sentiasa berfikir untuk memperbaik ummah
• Menyuruh kepada kebaikan
• Mencegah kemungkaran












diekstrak oleh: jalan juang