Alhamdulillah, selesai sudah 'road tour' ISK di Czech Republic setelah selesainya Mini Program ISK di Olomouc. Bermula dengan Prague, Hradec Kralove dan akhir sekali Olomouc. Terima kasih kepada pihak-pihak penganjur di setiap lokaliti atas komitmen yang telah ditunjukkan. Terima kasih tidak terhingga juga kepada para peserta yang gigih ber'participate' dalam pengisian tersebut walau terdapat banyak kekurangan daripada pihak 'presenter'. Insyaallah, kekuarangan-kekurangan ini telah dipelajari dan akan dibaiki.

ISK bukanlah sekadar program ceramah atau talk biasa, memberi kemudian berlalu ditelan waktu. Bukanlah juga ia seperti program-program motivasi. Si motivator menyuntikkan semangat kepada peserta lantas meningkatkan kesungguhan mereka sehingga 200%. Namun sehari atau seminggu selepasnya, kesungguhan itu jatuh ke tahap 0 seperti sebelumnya.

Program ini salah satu program pembinaan. Ia tidak terhenti tatkala tasbih kafarah dan surah al-Asr dibaca. Akan tetapi, ia bermula sebaik sahaja kita keluar daripada pintu tempat program. Ia mendambakan tindakan. Tindakan yang akan membuahkan redha Allah.

Semoga ISK ini menjadi pemacu ke arah meningkatkan pembinaan diri agar menjadi individu muslim yang benar-benar memahami deen ini, sebagaimana para sahabiyah memahami Islam. Semoga kita benar-benar dapat meninggikan kalimah Lailahaillallah dalam diri, dan di atas muka bumi. Semoga kita beroleh kekuatan menyempurnakan tugas hamba dan khalifah amanah Allah. Semoga beroleh redha-Nya.








"Dakwah itu matlamat,
Usrah itu alat"

Jom join usrah!

.:Jumpe di Program seterusnye, insyaallah:.