“ Aku ni sebenarnya suka giler dengar talk-talk agama ni and rase teringin gak nak join benda benda macam halaqah-halaqah tu tapi susah pasal takde mase. Test berderet-deret, kelas belambak-lambak. Susah-susah ishhhh… kalau tak study nanti fail and terpaksa ler balik kampong tanam jagung. Ha ha ha. Sorry ler Khairul ye sal tak leh join talk malam ni…”


Pernah dengar atau alami situasi ini??? Kalau tidak pun adakah anda pernah melafazkan dialog-dialog seumpama ini??? Ataupun mungkin sebahagiannya pernah bermonolog di ceruk-ceruk encephalon anda???

Pernah??? Tidak pernah???

Marilah kita berkongsi sedikit tentang situasi dialog di atas tak kiralah apa sahaja jawapan anda sekalian.
Siapakah sebenarnya kita ini? Adakah kita ini cuma makhluk berkaki 2 yang berevolusi dari beruk seperti yang diwar-warkan oleh pendusta Darwin dalam teorinya yang diagung-agungkan oleh orang-orang kafir?? Bagi kita yang beriman kepada Allah, sesungguhnya samasekali tidak. Jadi siapakah kita? Kita adalah keturunan Nabi Adam yang diciptakan Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini seperti firman Allah dalam surah Al-Anam.


Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani . 6:165


Sekali dengar memang sesuatu yang membanggakan bagi kita mahkluk dari tanah yang hina ini kerana diberikan gelaran dan dilantik menjadi pemegang kuasa yang tinggi di muka bumi ini. Tapi sesungguhnya kita perlu sedar bahawa gelaran dan kekuasaan yang dikurniakan kepada kita dipekejkan sekali dengan tanggungjawab-tangungjawab yang amat berat.


















Jadi, sekali lagi ingin saya bangkitkan persoalan disini, apakah tanggungjawab kita??Adakah kerja kita Cuma menelaah buku Platzer? Ataupun mungkin Guyton? Kalau tidakpun buku Robbins ?? Bangun seawal pagi untuk ke kuliah dan pulang pada waktu soreh? Tidur sepanjang hari? Ataupun mengikuti trend masa kini iaitu bercouple kehulu dan kehilir menebalkan muka walaupun menjadi buah mulut setempat? Jawapannya semestinya TIDAK kerana penciptaan kita bukanlah untuk tujuan sesia itu. Tugas kita bukanlah sekadar mengurus alam ini sahaja namun merangkumi aspek menengakan agama Allah ini juga.
























'Iqamatuddin wa siasatuddunia' inilah huraian yang diberi oleh Imam Ghazali tentang tanggungjawab kita. Iqamatuddin membawa maksud mendirikan agama manakala siasatuddunia pula bermaksud mengurus dunia. Indah sungguh kalimah diatas namun untuk merealisasikannya tidaklah mudah. Jika ia mudah kenapa kini walaupun umat islam menjangkau angka berbillion ditindas dan berada di hieraki tercorot di dalam system masyarakat??? Lebih menyedihkan lagi kita dikuasai dah dipengaruhi oleh musuh kita sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W :


"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


Itulah realiti kita kini yang berada di akhir zaman. Tapi adakah kita ingin terus begini, terhina dan tertindas ibarat sampah di tepi-tepi lorong yang kotor??? Tidakkah kita ingin kembali menguasai dunia seperti dahulu pabila umat Islam boleh gembira dan berbangga menjadi kahalifah Allah?? Saya percaya semestinya kita mahu dengan sepenuh hati kita selaku pemuda pendokong agama suci ini inshaalah.




















Jadi mengapakah kita masih lembap dan malas untuk bangkit dari katil-katil berduri yang disediakan oleh golongan laknat Allah ini? Memang kita harus akui bukannya mudah untuk melakukannya namun ingatlah ia tidaklah mustahil jika kita dilengkapi dengan hati yang ikhlas, matlamat yang jelas, ilmu yang memadai dan semestinya dengan iman yang mantap. Untuk mencapai kekuatan ini kita perlu mencari agama Islam yang asal dan ia tidak akan datang mengetuk pintu-pintu kita dengan sendiri tanpa kita bergerak mencarinya.


“ Yela!! Tu yang aku tengah study macam orang gila ni. Aku nak dapatkan ilmu dan kemudian nak sebarkan Islam. Nanti klu aku tak study macam mana nak pass!!!”

Adakah ini yang anda fikirkan sekarang???

Bagus, itu memang matlamat yang betul tapi adakah ia memadai?? Pelajaran yang berlandaskan kurikulum yang ditetapkan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki Ad-Deen? Cuba kita fikirkan bagaimanakah kita hendak menyahut seruan iqqamatuddin hanya dengan menguasai ilmu yang tidak dapat kita kaitkan dengan Allah, yang tidak dapat kita rantaikan dengan pegangan kita, yang tidak dapat kita gunakan sebagai hujjah untuk berpidato tentang Islam. Adakah kita hanya ingin menyebut khalimah ‘Subhanallah’ pabila mempelajari sesuatu yang baru tanpa cuba mengaitkannya dengan Islam? Adakah itu akan membawa keimanan kita pada satu tahap yang lebih baik?? Kenapa kita sangat malas untuk mangerakan tubuh sewaan sementara kita yang sempurna ini untuk memantapkan keimanan kita?Tiada sesiapa yang menafikan kita harus berusaha untuk berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan.


Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; 53:39


Tapi apalah salahnya jika kita memperuntukan beberapa cebisan waktu yang kita ada untuk mendekati pencipta kita dan memantapkan iman kita? Berapa banyakah yang kita tidak dapat baca dari buku-buku akademik kita jika kita hanya hilang 1 atau setengah jam setiap hari untuk Islam??? Dimanakah perginya pegangan kita terhadap ayat Allah ini???


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 47:7


Untuk mengakhiri perkongsian ini marilah kita bersama-sama menghayati 4 ayat dari 3 surah dalam kitab suci Al-Quran.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. 29:2-3

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 2:214

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. 47:31


Dari ayat-ayat diatas sangatlah jelas bahawasanya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan untuk menjadi golongan yang berjaya yakni orang-orang yang beriman dan yang dijanjikan dengan tempat di syurga. Sedarlah perjalanan kita bukannya mudah namun jika kita berjaya menempuhnya, habuan yang dijanjikan amatlah lumayan. Kita hanya diuji dengan cabaran masa yang tidak setanding dengan cabaran yang diterima oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka dipanggang, disula, dihempap dengan batu, dipulau sehingga kebuluran dan lain-lain. Keimanan mereka bertambah kuat walaupun menerima ujian yang getir dan mengugat nyawa. Tapi kita? Masih ragu-ragu walaupun hanya perlu mengadai sedikit dari masa kita sahaja yang tidak mungkin akan mencalarkan kulit kita walau sedikit pun jika kita lakukan.

Marilah kita bersama-sama mengubah diri dan mengerakan panji-panji Islam yang telah dijanjikan Allah kejayaannya. Islam tidak memerlukan kita untuk berjaya kerana perkara itu telah Allah janjikan akan berlaku. Persoalannya cuma samada kita ingin berjaya bersama-sama Islam ataupun ditinggalkan dalam kehinaan dunia yang sangat mengaburkan ini.

Wallahualam…

By RajeevSham