Oleh : ShyGuy


Pernah tengok logo-logo seperti ini apabila membaca blog?

"Ohh...tu RSS feed, biasala jumpe kat blog dan akhbar internet," ujar seorang pelayar laman sesawang yang setiap jam mengklik puluhan laman untuk mengetahui berita-berita terkini dan post-post terbaru dari rakan-rakannya.

"Ko tau cara nak gune RSS?" tanya seorang rakan yang mendengar kata-katanya.

"He he.Tak taula plak tapi biasala nampak ramai orang guna dan letak dekat blog.Alah,kalau tak tahu guna pun boleh je baca!" balasnya, mungkin malas hendak mengkaji apa itu RSS...

Apa itu RSS?

RSS (Rich Site Summary) is a format for delivering regularly changing web content. Many news-related sites, weblogs and other online publishers syndicate their content as an RSS Feed to whoever wants it.

Secara mudahnya RSS merupakan satu cara untuk pengendali laman web untuk memaklumkan kepada pembaca-pembacanya mengenai artikel-artikel, berita-berita, notis-notis terbaru yang telah diletakkan di laman mereka. Informasi-informasi ini dikenali sebagai 'RSS Feed'. Pelanggan yang melanggan 'RSS Feed' dari laman web tersebut akan sentiasa dimaklumkan dengan artikel-artikel terbaru beserta sedutan dari artikel tersebut. Bahkan, bergantung kepada 'Feed Reader', pelanggan juga boleh secara terus membaca artikel-artikel tersebut tanpa perlu melawat laman web tersebut!

*Bukan semua laman web menyediakan 'RSS Feed' untuk pembacanya.


Feed Reader?

'Feed Reader' merupakan sesuatu yang mengumpul semua 'RSS Feed' dan mempersembahkannya kepada anda. Tanpanya,sudah tentu 'RSS Feed' tersebut tidak dapat dibaca! 'Feed Reader' yang bagus akan mempersembahkan maklumat terkini dalam bentuk yang tersusun dan sentiasa memeriksa maklumat-maklumat terkini dari laman web yang anda langgani. Bayangkan anda melanggan dengan 15 buah blog, 6 buah laman web berita...sudah tentu setiap hari berpuluh-puluh maklumat terkini akan dihantar kepada anda! Tanpa 'Feed Reader' yang menyusun atur maklumat tersebut, tentu ianya bukan memudahkan bahkan memeningkan!

0o0o0o...macam tu rupanye...'Feed Reader' apa yang patut saya guna?

'Feed Reader' boleh dibahagikan kepada 'web-based' dan 'desktop based'.
Contoh bagi 'web-based':
  • Google Reader
  • Blogline
  • My Yahoo

Contoh bagi 'desktop-based':
  • FeedDemon
  • Newzie
  • Aggrevator

'Feed Reader' yang terbaik adalah relatif mengikut pandangan masing-masing. Disini saya ingin memperkenalkan 'Feed Reader' yang pada pandangan saya adalah yang terbaik! Yang saya maksudkan adalah:


Nantikan cara menggunakan FeedDemon dibahagian 2!