Terjemahan tajuk kat atas ialah 'Selamat Datang ke Czech Republic!'

First of all, saye ucapkan tahniah kat sesape yang bace post ni. Dari kalangan anda yang bace post ni, mungkin ade yang akan fly ke Czech Republic. Kepade sesape yang akan fly ke Czech Republic, tahniah buat kali kedue. Anda memang best!

Korang yang nak fly ni mesti tengah resah, gelisah, gusar, curious, excited dan macam-macam perasaan bercampur-baur. Kene pulak fly ke Czech Republic, ntahapehapenye ade kat negare tu. Except for Petr Cech, goal keeper Chelsea dan team bola Czech Republic, ape lagi yang orang tau pasal Czech ni ek?

Nak tau banyak lagi pasal Czech Republic, sile lah ke Google.com. Hehe.. Atau pun, boleh tengok post-post lame dalam blog ni.

Untuk post kali ni, saye nak share sikit dengan korang-korang yang nak fly ke Czech pasal persediaan sebelum dan selepas fly. Maybe dapat hilangkan sedikit keresahan dan kegusaran korang.

Ni gambar-gambar sekitar Hradec Kralove



Bahase? Kat sane cakap bahase ape ek?
Kat Czech, orang rata-rata cakap bahase Czech. Bahase die memang tak same langsung dengan English, Russia atau German. Nanti korang akan belajar bahase ni dalam kelas bahase Czech. Interesting! Pasal komunikasi plak, memang ramai orang kat sini tak reti sangat speaking English kecuali kat Prague (sebab die bandar besar kan..). So kalau nak beli barang mule-mule tu payah sikit. Kene gune bahase isyarat. Kalau korang ade chance, belajar lah sikit-sikit bahase Czech ni.

Makan amacam? Ade ke makanan halal?
Kat Prague, makanan halal memang takde masalah. Senang nak dapat. Problem yang bermasalah adelah kt Hradec ngan Olomouc. Stok ayam halal macam 'chips more'. Kejap ade kejap takde. Tapi takde masalah pon. Banyak choices lain. Telur ade, sayur ade, ikan yang hanyir ade. Insyaallah tak kebulur kalau tak dapat makan ayam. Kalau dah kempunan sangat nak makan ayam, boleh amik train pegi Prague. Sejam empat puluh minit je. Kat Prague makanlah puas-puas.

Restoran halal pulak kat Prague memang banyak lah. Kat Hradec ade satu stall kebab Turki. Kat Olomouc ade jugak kedai kebab. Memang tak banyak choice. Tapi buleh je nak makan kat restoran Czech. Ade je jual meal vegetarian ngan ikan. Itu la yang kami duk makan selame ni.

Makanan dari Malaysia nak kene bawak ke? Beras ade?
Kalau nak bawak jugak makanan dari Malaysia, bawak la yang ringan-ringan. Perencah nasik goreng ke, serbuk kari ke, serunding ke, ikan bilis ke. Ape yang kering dan senang bawak. Kalau nak bawak belacan tu, balut le betul-betul supaye tak bau dalam flight. Kalau korang suke masak, bawak la banyak-banyak perencah sebab kat sini memang takde perencah masakan Melayu. Tak pun, mintak parents pos kalau tanak bawak mase fly. Juadah untuk hari raye pon kalo buleh bawak banyak-banyak sikit. Boleh le senior-senior yang tak balik ni tumpang sekaki. Huehuehue.. Beras kat Czech banyak. Takyah bawak. Tapi periuk nasik kalo buleh bawak. Share ngan kawan-kawan ke. Buat lah camne pon asalkan korang bawak periuk nasik, yang elektrik.

Buku? Nak kene beli buku kat Malaysia ke?
Kalau compare harge buku kat Malaysia ngan kat Czech, memang tersangatlah jauh bezanya. Kat Malaysia memang jauh lebih murah! Especially kat Syarikat Kamal (dekat dengan HKL). Kalau korang berkesempatan beli buku kat Malaysia dan bagasi korang masih banyak space, sile lah beli. Sangat berbaloi. Kalau bagasi tak muat, beli dulu buku pastu mintak tolong parents pos ke Czech. Berbaloi jugak! Kalau di Hradec Kralove, universiti ade sediekan buku untuk disewa. Tapi kualiti die kureng la sket. Better beli je kat Malaysia. List buku untuk 1st Year Hradec Kralove buleh dapat kat sini. Universiti lain, sile tanye senior korang. Hihi..

Barang electronic? Laptop? Kamera? Handphone? PDA?
Kalo korang nak tau, syurga barangan elektrik adalah Malaysia. Kalau teringin nak beli laptop, handphone, camera, PDA baru, sile lah beli kat Malaysia. Memang harge kat Malaysia murah. Kat sini mahal. Takyah la nak berlagak kat orang sebab beli kat oversea. Huhu.. Made in China jugak. Nak beli pulak ikut la keperluan. Kalau beli tapi tak gune, membazir je. So, ingat-ingatlah.

Baju sejuk? Winter jacket? Boot? Kena beli kat Malaysia?
Time korang sampai nanti, masih Autumn. Cuaca taklah sejuk sangat. Kalau pakai sweater biase atau jaket mat rempit pon still buleh survive. Nasihat saye, nak beli winter jacket ke, boot ke, scarf ke, gloove ke untuk musim sejuk, beli lah kat Czech je. Lagi banyak pilihan dan fesyen lebih up to date. Kat Malaysia banyak yang tak berkualiti (based on experience sendiri).

Baju lain? Baju pakai hari-hari?
Kat Czech tak macam kat KMB yang kene pakai kemeja dan neck tie. Kat Czech ni, pakaian bebas je kat kelas. So, bawak lah baju ape yang korang suke pakai. Kalau nak beli kat sini pon boleh. Cume, lab coat putih tu, kalo nak beli kat Malaysia, silekan. Kalau tanak, beli kat sini pon takpe.

Baju Muslimah camne? Ade jual ke?
Yang tu kene tanye senior pompuan kot. Diorg lagi tau. Tapi setau saye(orang bagitau), baju Muslimah kat sini memang susah nak cari. Banyak baju kecik-kecik walaupun untuk orang besar (faham ke?). So, bawak lah stok baju dan tudung banyak-banyak. Nanti takde lah orang kate awak pakai baju same je. huhu.. Insyaallah kalau berkesempatan, akan ade orang yang akan jual baju-baju Muslimah kat Czech nanti. Tapi untuk safe, bawak lah baju banyak-banyak.

Duit? Currency ape ek? Banyak mane nak bawak?
Kat Czech diorang pakai Koruna. Kalau korang buleh dapatkan Koruna kat Malaysia baguslah. Tukar lah dalam 20 000 Koruna ke. Tapi kalau takde, bawak Euro je pon takpe. Bawak la dalam 200Euro. Travel Cheque korang buleh tukar siap-siap atau tukar kat airport Prague nanti. Nanti wakil BestEd akan inform korang berape nak tukar sebab nanti die akan pow duit korang untuk insurans. Huehue..

Telefon? Camne ek?
Korang prepare la credit dalam phone korang dalam RM50. Ye lah, dah sampai airport mesti nak SMS parents kan. Malam tu lagi sebelum tidor nak SMS lagi. Kalo nak tunggu masuk line baru, keesokan harinye baru buleh. So, pandai-pandailah.

Internet?
Malam minggu pertama korang mungkin sangat membosankan sebab takde internet. Korang kene register dan agak amik mase jugak. So, banyakkan le amal mase 10 malam terakhir Ramadhan nanti. Tapi kalau dah ade internet nanti, ramailah yang akan habiskan sisa-sisa hidup kat depan laptop. Percayelah. Internet kat sini memang laju. Kalah WiMax. Tapi gunelah dengan bijaksane ye.

Nak info lagi.. Nak contact sape ek?
Kalo nak tau lagi spesifically pasal locality korang buleh contact orang-orang berikut:
Prague: Yaqzan (yaqzan56@yahoo.com +60194506295)
Hradec Kralove: Ijoy (ijoy_07@yahoo.co.uk +60195287128)
Olomouc: Najmi (mn_5295@yahoo.co.uk +60134455673)

Tak pun, boleh tanye directly kat blog ni. Insyaallah akan dijawab secepat mungkin.

Itu je kot. Mudah-mudahan terjawab segale persoalan.

Kat bawah ni ade artikel lain yang mungkin korang suke nak bace, basically pasal Czech Republic:

Mari berkenalan dengan Czech Republic

Cerita-cerita Hradec Kralove

Warkah dari Czech

Muslim di Czech

Gambar-gambar Hradec Kralove


*bahasa dalam post ini tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi

Azizul Salehudin
http://jalan-juang.blogspot.com
http://jalanjuang.wordpress.com